
NAMA pemain pinjaman Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mula disebut-sebut selepas berjaya membuka akaun jaringan dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA 2024 ketika bertemu Sabah FC pada Sabtu.
Akhyar menjadi antara watak penting pasukan TFC mencetak gol kedua pada minit-minit akhir babak pertama dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Meskipun dalam beberapa perlawanan sebelum ini menyaksikan Akhyar atau mesra dengan sapaan Mat Yat itu bergelut untuk mendapatkan jaringan namun dia berjaya membuktikan kebolehannya sebagai penyudah yang tajam.
BACA LAGI: Import Amerika Latin kurang mengancam, fans Selangor mula rindui kelibat Ayron, Faisal
BACA LAGI: Nabil Latpi kurang mengancam, bekas striker Perak antara 3 calon lokal sesuai buat Penang
Akhyar (kiri) membuka akaun jaringan dalam aksi timbal balik berdepan Sabah FC. — Facebook/TFC
Tampil dengan prestasi yang memberangsangkan itu, ramai penyokong Sang Penyu memuji kegigihan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
"Akhirnya Mat Yat buka akaun jaringan, nampak betul kegigihan dia nak bantu Terengganu," kata Amzar Syazani.
"Terharu tengok gol Akhyar. Nampak sangat permainan dia memang nak sangat Terengganu menang setiap game. Akhirnya malam ini dia berjaya buat gol," kata Kuli Sahaja.
"Akhirnya Akhyar 'pecoh telor' jugak. Teruskan fokus, elak daripada foul. Kumpul kad kuning rugi untuk team sendiri," kata Hanif Rashid.
Dengan kemenangan besar secara agregat 7-0 ke atas Sabah itu, Terengganu dijadualkan bertemu dengan Selangor FC dalam aksi separuh akhir nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram