LIGA bola sepak tanah air huru-hara?
Itulah ungkapan yang boleh dikatakan ketika ini memandangkan badan pengelola bola sepak tempatan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dilihat sering terpalit dengan masalah.
Manakan tidak, kesemua perlawanan bola sepak dalam negara dikendalikan oleh MFL.
BACA LAGI: Natasha enggan terbuai gelaran juara dunia, rakan jadi pencabar utama di Thailand Open
Zuraimi berpendapat bahawa MFL ketika ini dianggap huru-hara kerana mengendalikan banyak kejohanan.
Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri dalam satu hantaran di Facebook, ketika ini MFL terbeban dengan tanggungjawab yang digalas oleh mereka ketika ini.
Susulan itu, Zuraimi berpendapat bahawa MFL perlu menjalin kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Dalam konteks ini, jika MFL terlalu terbeban dengan untuk menjaga banyak pertandingan seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, kenapa mereka tidak serahkan dua pertandingan tersebut kepada FAM terutamanya Piala FA.
"Piala FA melibatkan divisyen bawah yang mana divisyen itu diuruskan oleh FAM melalui Liga Bola Sepak Amatur (AFL).
"Dengan pertandingan major yang kelihatan tidak terurus, MFL telah menyibukkan dirinya dengan satu pertandingan sia-sia," katanya.
Menurutnya lagi, MFL ketika ini dianggap huru-hara kerana mengendalikan kejohanan seperti Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala MFL.
"MFL tidak boleh menguruskan kesemua pertandingan. Ia membuatkan MFL menjadi huru- hara terutamanya dalam menyusun jadual.
"Apabila MFL ditubuhkan ketika itu dengan nama FMLLP, kesilapan yang berlaku adalah menyerahkan semua pertandingan dibawah jagaannya. Sepatutnya hanya Liga Super sahaja. Bakinya kekal dulu di bawah FAM.
"Hari ini MFL berjaya membunuh Liga Perdana, kecilkan pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia. Malah Perlawanan Sumbangsih bersenyawa dengan liga. Dalam keadaan huru-hara itu, MFL tubuhkan Piala MFL. Semakin huru hara," katanya.
Tambahnya lagi, keadaan itu tampak semakin tidak terurus apabila MFL mencampuri urusan tatatertib dan rayuan yang berada di bawah FAM dan berpandangan bahawa badan pengelola itu sepatutnya hanya berhak kepada kesalahan urus kewangan kelab seperti kesalahan melanggar Peraturan Financial Fair Play (FFP). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram