Jari kanak-kanak perempuan usia 6 tahun tersepit eskalator di Likas


  • 112
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik kanak-kanak perempuan berkenaan diselamatkan oleh pihak bomba. — Facebook

PASUKAN bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit tangan kanannya di tangga bergerak (eskalator) di salah sebuah pusat beli-belah di Plaza Juta, Likas pada Jumaat.

Dilaporkan, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu terpaksa menahan sakit hampir setengah jam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.50 malam tadi (5 Julai) mengenai kejadian itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Juruterbang wanita kena tahan angin kencang, hampir maut lepas kanopi pesawat ringan pecah

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tersepit tangan di tangga bergerak (eskalator).

“Sebaik tiba, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas (L-Key).

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan mengalami kecederaan.

“Seterusnya mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan dibawa ke Hospital Queen 2 dengan menggunakan Jentera EMRS Bomba.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada pukul 8.10 malam,” dikatanya dalam kenyataan pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram