MAJLIS Perbandaran Sepang (MP Sepang) dijangka menguatkuasakan nilai baharu Cukai Taksiran di daerah tersebut bermula 1 Januari 2025.
Ini kerana pihak berkuasa tempatan itu telah mengeluarkan Senarai Nilaian Baharu bagi Cukai Taksiran menerusi laman sosialnya pada Rabu.
BACA LAGI: Lelaki meninggal dunia terpijak kaca di Tumpat
BACA LAGI: Saya percaya mereka akan bantu Umno menang PRK Nenggiri — Zahid Hamidi
Pengumuman Senarai Nilaian Baharu itu bagaimananapun mendapat pelbagai daripada orang ramai terutamanya tentang soal perubahan harga cukai tersebut.
Malah ada yang meminta MP Sepang untuk melakukan penjelasan tentang punca perubahan Cukai Taksiran itu.
"Apa itu semua nak naik? Subsidi dah kena tarik.
"Tolong jelaskan kenapa pula kenaikan harga? Hari itu Jalan Jenderam ke Putrajaya banjir adakah kenaikan itu akan baiki jalan yang rosak atau kawasan yang selalu kena banjir? Penatlah asyik kena kenaikan tapi jalan itu sama selalu banjir," luah Muhd Faizzuddin.
"Tahniahlah naik," sindir Badul Badil.
"Boleh tak jelaskan macam mana kira 'sewa bulanan'? Maksud rumah sewa ke?" soal Cy Goh.
Namun begitu, MP Sepang turut memberi ruang untuk penduduk di kawasan sekitar yang tidak berpuas hati dengan kenaikan ini untuk membuat bantahan secara bertulis.
Bantahan secara bertulis melalui kod QR yang disediakan MP Sepang perlu dibuat sebelum 25 Julai 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram