Tabung solidariti bersama Selangor FC cecah hampir RM80,000


  • Podium
  • Rabu, 03 Jul 2024

Mohd Najwan (lima dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Johan (empat dari kanan) sambil disaksikan Amirudin (tengah) dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. — Facebook/MSNS

JUMLAH sumbangan yang diterima Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula 26 Jun lalu hingga hingga malam Selasa mencecah sebanyak RM76,490.06.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd. Najwan Halimi mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada pasukan Selangor FC.

“Tabung solidariti yang ditutup pukul 11.59 malam Selasa diserahkan kepada pihak Selangor FC pada 3 Julai 2024 (Rabu) oleh Menteri Besar Selangor," katanya.

BACA LAGI: 'Aneh dan kebetulan', calon penaja utama Kedah hairan 'diserbu' Kastam, LHDN berturut-turut

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India

WhatsApp Image 2024-07-03 at 20.40.50 (1)

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang dilancarkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) diserahkan sepenuhnya kepada Selangor FC. — Facebook/MSNS

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 kepada Selangor FC kerana ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Bagaimanapun, MFL telah mengurangkan hukuman yang dikenakan daripada RM100,000 kepada RM60,000 terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Manakala, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram