BARU-BARU ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad menerima kecaman hebat selepas sering memuat naik konten sewaktu menunaikan haji.
Ramai netizen mula mempertikaikan niatnya sewaktu menunaikan rukun kelima haji itu kerana dilihat seakan-akan hanya mahu menghasilkan konten semata-mata.
Tampil menjelaskan isu berkenaan, pelakon drama Sinetron berjudul Olivia itu berkata, niatnya hanya mahu mengabadikan kenangan indah di tanah suci.
BACA LAGI: Tidak khusyuk solat, model jelita Malaysia label filem seram Indonesia tak beradab
BACA LAGI: 'Ingat kami di Padang Mahsyar', ibu Aisyah Aziz bengang video seksi anak kembali tersebar
Raffi Ahmad (kiri) bersama isterinya (kanan), Nagita Slavina menunaikan haji bersama-sama.
"Saya buat konten sebab nak abadikan kenangan sahaja.
"Tidak setiap saat kita beribadah, ada waktu berehat. Jadi saya merakam kenangan sewaktu rehat," katanya.
Malah, Raffi berkata, dia bertemu ramai individu mengagumkan sewaktu berada di tanah suci seperti Ustaz Khalid Basalamah, Ustaz Syafiq dan ulama.
Dalam pertemuan dengan para ilmuan itu, suami Nagita Slavina berasa miliki banyak pesanan penting yang patut dikongsi bersama para pengikut di media sosial.
"Ustaz-ustaz menyampaikan kepada saya ilmu. Bersyukur saya sudah ada kemahuan dan mampu menunaikan haji dengan sempurna.
"Saya pun sampaikan kebaikan yang dikongsi kepada peminat-peminat saya juga," katanya.
Raffi juga mempercayai ALLAH Maha Mengetahui tentang niat sebenarnya sering membuat konten di media sosial.
"Sebenarnya semua bergantung niat. ALLAH juga Maha Mengetahui. Saya percaya orang yang ada di tanah suci kemahuannya adalah berdoa.
"Saya tidak kisah orang nak bercakap apa kerana saya mahu tunjukkan kebaikan di tanah suci supaya orang termotivasi untuk ke sana." katanya.
Raffi turut berpendapat bahawa lebih baik jika seseorang yang miliki kemampuan untuk menunaikan haji meneruskan niatnya meskipun masih muda.
"Jika anda berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan, tidak ada salahnya menunaikan haji sewaktu masih muda," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram