Cipta busana Naomi dan Lady Gaga, Adele dan Beyonce kini dalam ‘list’ Rizman Ruzaini


  • Hiburan
  • Isnin, 24 Jun 2024

Pereka fesyen tempata, Ruzaini Wan Jami (kiri) dan Rizman Nodin (tengah) kini mencipta busana buat selebriti antarabangsa seperti Naomi (kanan).

SIAPA sahaja tidak mengenali jenama Rizman Ruzaini (RR) yang kini menjadi perhatian dunia selepas mencipta busana indah buat supermodel, Naomi Campbell.

Dua pereka fesyen tempatan, Rizman Nodin dan Ruzaini Wan Jamil seringkali menjadi tumpuan masyarakat terutama dunia fesyen apabila menghasilkan sesuatu kejayaan di luar jangkaan.

Lebih mengejutkan, penyanyi terkenal, Lady Gaga turut melamar ikon fesyen itu untuk mencuba hasil kerjanya selepas terpegun melihat rekaan yang dipakai oleh Naomi.

BACA LAGI: [VIDEO] Penonton bakar pentas konsert, bengang artis popular Indonesia tak muncul-muncul sebab tidak dibayar penganjur

BACA LAGI: Simpan impian bawa isteri dan anak jejak tanah suci, Tomok rindu suasana beribadah di Makkah

WhatsApp Image 2024-06-24 at 3.07.58 PM

Lady Gaga memakai busana yang direka oleh jenama RR.

Dalam video yang dimuat naik oleh Rizman Ruzaini, Lady Gaga menyarungkan gaun labuh berwarna merah hati dengan dihiasi ribuan batu Swarovski.

Rizman juga menjelaskan bahawa pihaknya dan pihak Lady Gaga tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga.

Difahamkan, pada mulanya, pakaian itu direka untuk persembahan makan malam sahaja tetapi Lady Gaga beranggapan busana itu terlalu 'mewah' untuk dipakai dalam majlis kecil.

Perkara ini menyebabkan Lady Gaga mengambil keputusan untuk menyarung pakaian itu di persembahan residensi di Las Vegas.

Menerusi satu podcast yang bertajuk Apa Cerita?, Rizman Nodin mendedahkan bahawa terdapat dua artis lain yang kini menjadi sasarannya untuk meluaskan lagi pasarannya.

"Adele dan Beyonce. Bayangkan your brand in Beyonce. Baru orang percaya," katanya.

Menurut Rizman Nodin, selepas mampu mengambil Naomi untuk menyarungkan busananya, mana-mana selebriti antarabangsa kini boleh diperoleh dengan mudah.

"Macam sekarang insya-ALLAH kita boleh buat baju bila-bila masa sahaja kerana everything in the table.

"Semuanya disebabkan pelaburan yang kami buat untuk Naomi bagi membolehkan jenama Rizman Ruzaini dipandang di mata antarabangsa. Saya berharap ALLAH SWT permudahkan," katanya.

Sebelum ini, jenama Rizman Ruzaini juga dipecayai oleh ramai artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura, Fasha Sandha dan Elfira Loy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram