TULAR di media sosial klip yang cukup menyedihkan apabila sebuah keluarga dirakam berpelukan antara satu sama lain sebelum dihanyutkan arus deras sungai dalam kejadian di India baru-baru ini.
Menurut polis, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu apabila kira-kira 17 sekeluarga dari daerah Sayyad Nagar menaiki bas sewa untuk berkelah sambal menikmati pemandangan dekat Lonavala.
Difahamkan, keluarga terbabit baru saja pulang dari Mumbai untuk menghadiri perkahwinan sebelum sepakat untuk berkelah di lokasi tersebut yang juga mempunyai tarikan air terjun.
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kira-kira 10 orang daripada keluarga besar itu saling berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang deras berikutan hujan lebat berterusan.
Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka yang kelihatan memakai saree berwarna ungu dan mendukung kanak-kanak terjatuh akibat arus berkenaan.
BACA LAGI: Ahli kariah buat tuduhan burukkan PMX, kononnya dapat info Perang Dunia Ketiga
BACA LAGI: Jadi tumpuan Euro 2024, penyerang Hungary tandingan Syihan kini tinggalkan kelab Korea
Meskipun ada usaha untuk menyelamatkannya, arus yang terlalu kuat membuatkan percubaan itu gagal sebelum mereka yang lain turut menjadi mangsa.
Sekurang-kurangnya lima disahkan maut atau hilang, termasuk empat anak kecil dengan tiga mayat mangsa sudah ditemukan hasil operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak keselamatan.
Operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan dengan melibatkan polis, anggota penyelam tentera laut dan pasukan keselamatan lain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram