Sepanyol berisiko didenda lebih RM151,000 gara-gara Lamine Yamal


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Yamal (berjersi merah) dilihat tidak gugup menentang pemain lebih berpengalaman darinya. — Agensi

KEPUTUSAN Sepanyol menurunkan pemain muda mereka, Lamine Yamal pada perlawanan Piala Eropah 2024 atau Euro 2024 mendapat kesan buruk apabila mereka menerima denda gara-gara Akta Perlindungan Belia Jerman.

Peraturan yang diguna pakai di Jerman yang meletakkan skuad La Furia Roja dalam bahaya apabila difahamkan akan dikenakan hukuman berbentuk denda sehingga 30 ribu euro atau bersamaan lebih kurang RM151,300.

Pada usia 16 tahun dan 338 hari, Yamal mencipta sejarah dalam kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Croatia, selain dia menjadi pemain termuda dalam sejarah Piala Eropah.

BACA LAGI: [VIDEO] Euro 2024: Retak tulang pipi, kemenangan Hungary terpaksa 'dibayar dengan harga mahal'

BACA LAGI: Tepat masanya, Nafuzi pertahan lambat masukkan Syafiq Ahmad dan Ezebener Assifuah

Bukan itu sahaja, tonggak Barcelona berkenaan juga menjadi pemain permulaan dalam setiap perlawanan bagi skuad kendalian De La Fuenta setakat ini iaitu ketika menentang Croatia dan Itali.

Akta Perlindungan Belia Jerman melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun seperti Yamal yang berusia 16 tahun daripada bekerja melebihi masa tertentu dan kebiasaannya pada pukul 8.00 malam.

Perlawanan pertama Sepanyol yang menyaksikan menang 0-3 ke atas Croatia bermula pada pukul 6.00 petang waktu Sepanyol, tetapi sepak mula menentang Itali pada pukul 9:00 malam (waktu Sepanyol).

WhatsApp Image 2024-06-24 at 15.20.53 (1)

Yamal (kanan) antara pemain muda menyinar dalam dalam Euro 2024. Agensi

Walaupun terdapat peraturan dalam undang-undang Jerman yang membenarkan atlet bekerja sehingga pukul 11 malam, perlawanan berkenaan masih berakhir hampir pada had masa yang diperuntukkan.

Malah, sesi temu bual bersama media dan sidang media selepas perlawanan juga dianggap sebagai sebahagian daripada tugas, bermakna Sepanyol kebarangkalian akan didenda.

Untuk rekod, pemain sayap berkenaan antara tonggak utama Sepanyol apabila Yamal sudah mencetak satu hantaran bantuan dalam perlawanan menentang Croatia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram