NAMA penyerang import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ebenezer Assifuah terus menjadi buah mulut penyokong tanah air selepas membantu Sang Kenari meraih tiga mata penuh dalam kemenangan 1-0 aksi derbi Utara di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu.
Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Assifuah muncul wira Sang Kenari apabila berjaya memanfaatkan peluang sebagai pemain gantian untuk membuka akaun jaringannya dalam aksi Liga Super.
Pada minit ke-70, percaturan Nafuzi Zain yang membawa masuk bintang import itu nyata membuahkan hasil apabila jaringan yang dinanti-nantikan berjaya disudahkan dengan baik oleh Assifuah.
BACA LAGI: [VIDEO] Bek Turkiye bantu Portugal raih tiket ke pusingan 16 Euro 2024
Dalam dua perlawanan Liga Super ketika ini, Assifuah yang beraksi sebagai pemain gantian tampil cemerlang dalam menggalas tugas Milos Gordic.
Milos yang juga penyerang import Sang Kenari dilihat masih bergelut untuk mendapatkan rentak permainan dan masih serba kekurangan untuk memecahkan kebuntuan dalam mencari jaringan.
Meninjau ruangan komen, penyokong Jelapang Padi itu nyata berpuas hati dengan jaringan tunggal Assifuah dan berasakan bintang import itu wajar diberi peluang sebagai kesebelasan utama.
Ramai penyokong Sang Kenari kini mempersoalkan ketajaman penyerang kelahiran Serbia itu dan berpendapat bahawa Assifuah merupakan penyerang utama yang sesuai untuk membarisi kesebelasan utama Kedah kelak.
"Milos patut duduk di bangku simpanan saja, Nafuzi patut segera beri peluang Assifuah untuk lebih menyinar," kata Omar Haji Ali.
"Next game try bagi Assifuah main first eleven, kalau dok harap Milos memang ke sudah tak gol," kata Chu Don.
"Aku dah kata, masuk je Assifuah ni baru bergegar jaring, Milos tu better duduk bench, slow sangat," kata Zaha Azha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram