'Dialah konon ultras paling hebat', pakar saran hukuman sebat untuk elak keganasan bola sepak berulang


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan pergaduhan antara penyokong Perak FC dan Selangor FC dalam aksi perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Ipoh, Perak.

'KEGANASAN dalam sukan tidak boleh dibiarkan'.

Demikian pandangan daripada penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli ketika mengulas mengenai isu pergaduhan dalam bola sepak yang dilihat kian menjadi-jadi dan semakin menular.

Menurutnya, sukan bola sepak sepatutnya menjadi medan penyatuan dan tempat untuk melepaskan tekanan tetapi situasi sudah berubah apabila bola sepak menjadi tempat penyokong 'melepas geram'.

BACA LAGI: Tepat masanya, Nafuzi pertahan lambat masukkan Syafiq Ahmad dan Ebenezer Assifuah

BACA LAGI: Isyarat 2 jari bukan petanda isu gaji melanda KDN, sebaliknya hanya tanda solidariti buat Palestin

Pekan Ramli

Pekan berpendapat bahawa isu pergaduhan tersebut tidak boleh dipandang rendah kerana ia boleh mengancam nyawa individu yang tidak bersalah. — Agensi

Susulan itu, Pekan berkata, isu pergaduhan tersebut tidak boleh dipandang rendah kerana ia boleh mengancam nyawa individu yang tidak bersalah.

"Keganasan dalam sukan ini tidak boleh dibiarkan. Jangan pandang remeh. Macam-macam boleh berlaku. Dari cedera yang kecil atau kerosakan yang kecil hingga boleh membawa kerosakan yang besar hingga boleh membawa maut kepada mereka yang tidak berdosa.

"Masa provok sana provok sini bukan main seronok lagi, dialah hero, dialah hebat, dialah konon ultras paling hebat, dialah penyokong paling setia dan 'glamour', makin ditengok makin ganas reaksinya.

"Lebih teruk kalau reaksi dan kelakuan itu dalam keadaan separuh sedar atau emosinya sedang dipengaruhi oleh bahan larangan. Makin berkinja-kinjalah mereka pantang dicabar dan diprovok," katanya kepada Majoriti.

Susulan itu, Pekan berpendapat bahawa hukuman berat patut diberikan kepada individu yang suka mencetuskan pergaduhan di stadium.

Tambahnya lagi, individu yang terbabit patut dilarang daripada memasuki stadium atau dihukum sebat.

"Hukuman larangan seumur hidup masuk ke arena sukan atau sebatan atau hukuman sebat kepada mereka yang bersalah terbabit dengan rusuhan dan pergaduhan di mana-mana stadium bola sepak.

"Hanya dengan cara ini sahaja boleh menyebabkan mereka berasa serik dan takut untuk mengulanginya.

"Bila lihat pelbagai situasi sekarang ini bukan dalam hal sukan sahaja, saya dapat rasakan bahawa suhu emosi rakyat kita kini semakin meningkat dan panas.

"Berlaku terlalu banyak provokasi dan hasutan di dalam dan luar gelanggang," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram