[VIDEO] 'Poster boy' Kedah, Adib Ra'op antara pemain potensi panaskan derbi Utara


  • Podium
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Pelbagai desakan dibuat penyokong untuk menyaksikan Ebenezer berada dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap. — Facebook/KDA FC

DERBI Utara akan membuka tirainya di hadapan ribuan penyokong Harimau Kumbang selepas mencatatkan rekod baik sepanjang tiga perlawanan terakhir Liga Super.

Manakala Kedah pula dalam misi untuk mencari tiga mata pertama selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghukum mereka dengan penolakan tiga mata.

Penang yang akan melayani kunjungan Kedah pasti mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong sendiri pada Sabtu.

BACA LAGI: Penyokong Sri Pahang risau mental pemain Tok Gajah tak kuat lawan JDT

BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri

Dengan itu, Majoriti senaraikan tiga pemain tumpuan dalam perlawanan derbi Utara yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu:

1. Adip Ra'op

Pemain yang menjaringkan gol ketika Malaysia bertemu Chinese Taipei pada minggu lalu pastinya bakal menjadi tonggak utama kem Penang FC mencatatkan kemenangan ke atas Kedah.

Adib yang beraksi baik dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super mampu memberikan kelainan buat serangan Harimau Kumbang meskipun bermula di posisi pertahanan kiri.

Anak kelahiran Perak itu, mempunyai kelajuan yang boleh mengucar-ngacirkan barisan pertahanan Kedah dalam perlawanan derbi Utara itu.

2. Ebenezer Assifuah

Kedah perlu berani untuk mengambil keputusan menurunkan penyerang berbisa iaitu Ebenezer Assifuah.

Jaringan gol semasa menewaskan Bukit Tambun FC 5-0 membuktikan Assifuah mampu menjadi duri dalam daging buat Penang.

Dalam pada itu, kehadiran Assifuah yang mempunyai kelajuan, kekuatan dan penyudah yang baik dijangka mampu merobek benteng pertahanan Harimau Kumbang.

3. Richmond Ankrah

Kehadiran Richmond Ankrah dalam kem Penang membuktikan kualitinya sebagai seorang pertahanan import yang mempunyai kualiti tersendiri.

Dalam tiga perlawanan terakhir, Ankrah sangat tenang apabila menerima tekanan daripada pihak lawan.

Penyokong Harimau Kumbang turut menyeru pihak pengurusan menebus kontrak Richmond yang dipinjamkan dari Gergasi Merah untuk musim 2024/25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram