Ada risikan kelab luar, Yoodo Red Giants tak sedia lepaskan pemain ke pasukan lain


  • eSports
  • Sabtu, 22 Jun 2024

YRG muncul juara MPL MY S13 selepas menewaskan Homebois.

PERLAWANAN terakhir MPL MY S13 menyaksikan pasukan Yoodo Red Giants (YRG) menentang Homebois.

Dalam perlawanan Grand Final YRG menentang Homebois, kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan dua berbalas dua sehingga memaksa perlawanan ke 'game' kelima daripada tujuh.

Perlawanan keenam dimulakan dengan kelebihan berjaya dimiliki oleh pasukan Homebois pada peringkat awal namun keadaan berjaya dikembalikan kepada pasukan YRG tidak berapa lama kemudian.

BACA LAGI: Penyokong Sri Pahang risau mental pemain Tok Gajah tak kuat lawan JDT

BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri

YRG meneruskan momentum mereka di dalam memegang map dan objektif.

Homebois cuba melawan namun kesilapan yang dilakukan pada minit terakhir permainan menyebabkan mereka kehilangan empat ahli pasukan.

Pasukan YRG mengambil peluang itu untuk menamatkan perlawanan dan berjaya muncul juara MPL MY S13.

Bercakap kepada Majoriti, Ketua e-Sukan Yoodo Red Giants, Simon Lim tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas pasukannya melengkapkan kejuaraan trofi dengan penuh cemerlang.

"Kami pihak pengurusan sangat gembira dan berasa sangat bangga kepada barisan kejurulatihan dan para pemain kami.

"Rahsia sebenar adalah usaha gigih dan beri 100 peratus kepercayaan kepada barisan jurulatih untuk pilihan pemain, mencorakkan drafting dan meta gameplay.

"Kebajikan barisan jurulatih dan pemain juga sangat penting untuk kami sebagai pihak pengurusan. ' When they are happy, good result will come automatically'," katanya.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan tidak bersedia melepaskan pemain mereka meskipun ada risikan daripada pasukan lain.

"Ada risikan untuk beberapa jurulatih dan pemain daripada pasukan luar negara tetapi saya tidak bersedia untuk melepaskan mereka.

"Mereka ada kontrak jangka masa yang panjang bersama kami.

"Barisan pemain yang sedia ada semua usia yang muda. Kami mempunyai projek jangka masa panjang bersama kami," jelasnya.

Kini YRG sedang melakukan persiapan rapi untuk beraksi di MSC Riyadh selaku wakil daripada Malaysia selepas menjuarai MPL 13.

"Kami membuat persediaan rapi seperti memanjangkan lagi masa latihan untuk lebih fokus kepada penambahbaikan kekurangan dan kelemahan kami.

"Kami juga akan pantau secara rapi dari segi diet pemakanan dengan menggunakan khidmat ahli nutrisi dan juga ahli fisioterapi supaya pemain berapa di dalam keadaan yang terbaik," ujarnya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram