[VIDEO] Tewas tipis di tangan Itali, Albania cipta sejarah Euro ledak gol hanya 23 saat


  • Podium
  • Ahad, 16 Jun 2024

Bajrami (jersi 10) meraikan jaringan terpantas yang dicipta olehnya bersama penyokong Albania ketika menentang Itali dalam Kumpulan B saingan Euro 2024. — Agensi

NAMA pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta rekod baharu dalam kejohanan Euro 2024 ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan B menentang Itali pada Ahad.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya memerlukan 23 saat sahaja untuk menjaringkan gol pertama pasukan sekali gus menjadi rekod baru jaringan terpantas dalam kejohanan tersebut.

Rekod sebelum ini dipegang oleh pemain Russia, Dmitri Kirichenko yang mencatatkan 67 saat untuk menjaringkan gol ketika menentang Greece bagi edisi 2004.

BACA LAGI: Habib Haroon dinasihat 'berehat' aksi derbi Utara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Chant' khas Faisal Halim letak Mickey sebaris ikon Indonesia di Selangor, Kedah

Meskipun begitu, Albania terpaksa akur dengan kekuatan bekas juara Euro 2020 itu selepas tewas tipis dengan keputusan 1-2.

Itali yang juga juara bertahan bertindak pantas untuk menyamakan kedudukan menerusi Bastoni pada minit ke-11 sebelum Nicolo Barella meledak gol kemenangan pada minit ke-16.

Selepas kekalahan itu, Albania kini menduduki tangga ketiga kumpulan B.

Selepas ini, Albania akan bertemu Croatia pada 19 Jun bagi misi memburu kemenangan pertama bagi saingan Euro 2024. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram