BINTANG bola sepak negara, Muhammad Faisal Halim hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor bagi menyaksikan perlawanan Piala FA di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC pada Sabtu.
Menerusi perkongsian Flash Sukan dalam media sosial, Faisal yang diiringi oleh beberapa pengawal keselamatan melambai ke arah penyokong dan mendapat sambutan ramai.
Faisal yang memakai baju jersi berwarna kuning turut melindungi tangannya dengan sarung lengan supaya tidak terdedah dengan kuman.
BACA LAGI: Bola sepak akan menunggu Faisal Halim — Hannah Yeoh
Ini merupakan pertemuan kedua Selangor dengan Negeri Sembilan yang mana sebelum ini Gergasi Merah berjaya menewaskan The Jangs dengan keputusan 4-0 dalam Liga Super pada 26 Mei.
Sebelum ini, berdasarkan pengamatan Majoriti, penampilan pertama kali sejak episod hitam berkenaan menyaksikan Faisal mengalami sedikit perubahan dari segi fizikal dan karakter yang pastinya akibat dari serangan asid sulfurik pekat itu.
Antara perubahan yang ketara ialah wajah pemain berusia 26 tahun berkenaan sedikit berbeza dengan kelihatan masih banyak bekas luka di bahagian hidung, pipi kiri dan bahagian kepala Faisal.
Bukan itu sahaja, wajah pemain yang mesra dengan jolokan Mickey itu juga agak sedikit kurus atau lebih cengkung dan berkemungkinan ia pasti berpunca daripada diet makanan yang perlu diikutinya.
Jika dilihat dari segi karakter penyerang sayap kebangsaan itu, Faisal masih berada dalam ketakutan dan kurang tersenyum jika dibandingkan sebelum ini yang rata-ratanya mengenali pemain itu seseorang pemain dengan peribadi ceria. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram