Pemain naturalisasi pertama Indonesia pernah sarung jersi Penang FC


  • Podium
  • Khamis, 13 Jun 2024

Arnold beraksi di posisi penjaga gol bersama skuad Indonesia.

PENANG FC pernah menandatangani pemain naturalisasi pertama Indonesia pada musim 1956 hingga 1961 iaitu Arnold van der Vin mengikut info yang diberikan media negara jiran.

Pemain yang beraksi di posisi penjaga gawang itu dilahirkan di Semarang, Indonesia pada 1942 ketika negara itu masih menggunakan nama Hindia-Belanda.

Arnold menjadi pemain bola sepak pertama yang dinaturalisasikan oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan melakukan penampilan pertama ketika bertemu Hong Kong pada 27 Julai 1952.

BACA LAGI: Bola sepak akan menunggu Faisal Halim — Hannah Yeoh

BACA LAGI: 'Lebih baik duduk bench JDT', penyokong persoal corak permainan anak jati Kedah di HM

Sebelum menyertai Penang FC, Arnold beraksi di Persija Jakarta pada 1948 hingga 1954 sebelum terbang ke Belanda untuk menyertai Fortuna ‘54 selepas menamatkan kontrak dengan kelab gergasi Indonesia itu.

Pada 1955, Arnold kembali ke PSMS Medan selama satu tahun sebelum berhijrah ke Pulau Mutiara untuk menjadi pemain naturalisasi pertama Indonesia yang beraksi di Liga Malaysia.

Penjaga gol itu, tidak merekodkan sebarang kejuaraan bersama Penang FC tetapi berjaya membantu Persija Jakarta menjuarai Piala Perserikatan.

WhatsApp Image 2024-06-12 at 7.22.38 PM

Info tentang Arnold sepanjang kariernya dalam bola sepak. — Agensi

Pemain warisan Belanda-Indonesia itu pernah membela skuad kebangsaan Indonesia untuk menentang Yugoslavia pada 1953.

Arnold mencatatkan 15 penampilan bersama Sang Garuda namun pernah dilarang untuk beraksi bersama Indonesia dalam Sukan Asia 1954 kerana ideologi anti ‘Belanda Orde Lama’. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram