SERANGAN asid yang dialami penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim masih meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sehingga hari ini.
Perasaan itu semakin jelas pada Khamis selepas tonggak Selangor FC itu tampil membuat satu sidang media khas dengan ia menjadi tumpuan masyarakat umum.
Selain parut yang jelas kelihatan akibat serangan itu, pemain berusia 26 tahun tersebut jelas kelihatan cukup sugul dan tidak seperti dirinya yang dahulu.
BACA LAGI: Saya tak dapat sayang, peluk anak — Faisal Halim
BACA LAGI: Mungkin saya perlu berubah jadi sombong — Faisal Halim
Proses pemulihan bahagian muka Faisal Halim. — Facebook/Selangorfc
Keadaannya meraih simpati orang ramai yang terus mendoakan kesejahteraan dan mahu dia diberikan kesembuhan segera supaya boleh kembali beraksi di atas padang.
Namun, ada juga yang berasa berang dengan nasib menimpa Faisal kerana dia ialah seorang yang ramah meskipun popular serta terkenal baik di negara ini mahupun sekitar Asia.
Berdasarkan luahan perasaan di media sosial, masing-masing mengharap agar pelaku dan dalang di sebalik kes berkenaan segera menerima balasan atas kelakuannya yang amat tidak berperikemanusiaan.
"Tergamak buat anak orang, suami orang, bapa orang sampai tahap macam ni.
"Macam-macam komitmen dan tanggungan yang dia perlu jelaskan. Andai kata kalau dia retired, apa akan jadi? Moga ALLAH laknat tangan-tangan yang menganiaya hamba-Nya. Stay strong Mickey," kata Muhamaf Adzhar Tajuddin.
Kesan lecuran pada tangan Faisal Halim.
"Allahu, teruknya, semoga ALLAH tabahkan hati dan kuatkan semangat Faisal, kepada pelaku dan yang terlibat semoga ALLAH timpakan azab yang lebih teruk kepada mereka," kata Hammit Tawakal.
"Sedih melihat keadaan Faisal sekarang, semoga cepat sembuh dan dapat beraksi semula untuk Harimau Malaya, celakalah kepada pelaku dan sesiapa yang terlibat dalam jenayah ini," kata Sham Sham.
"Ya Rabb, susahkan pelaku dan pemberi arahan yang buat Faisal macam ni, susahkan urusan seharian mereka, berikan kecelakaan yang teruk buat mereka dan berikan azab yang amat dahsyat untuk mereka yang zalim," kata Amir Mohd Akram.
"Marilah kita sama-sama doakan kekuatan untuk Faisal, semoga si pelaku yang zalim bala-bala bencana yang maha dahsyat," kata Pendekar Bertopeng. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram