MENJELANG perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) pada Sabtu aksi Piala FA 2024, penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) menarik nafas lega selepas kelibat tonggak Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi muncul dalam sesi latihan pasukan tersebut.
Difahamkan, Arif Aiman mengalami kecederaan yang menyebabkan dia terpaksa berehat seketika selama dua perlawanan Harimau Malaya sebelum ini dan kini dilihat kembali beraksi untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan yang berpangkalan di Selatan itu.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di laman rasmi Instagram, Officialjohor yang pastinya meletak harapan tinggi untuk Arif Aiman kembali memperkuatkan pasukan pada perlawanan pertama Piala FA.
BACA LAGI: Mungkin saya perlu berubah jadi sombong — Faisal Halim
BACA LAGI: Saya tak dapat sayang, peluk anak — Faisal Halim
Pastinya kehadiran Arif Aiman ke skuad JDT itu akan menambah sengat di bahagian serangan Harimau Selatan.
Arif Aiman sebelum ini sudah menjalani pemulihan dengan Romel Morales dan Ahmad Syihan Hazmi akhirnya dapat kembali bersama pasukan.
Selain Arif Aiman, Romel dan Syihan antara dua lagi tonggak JDT yang turut kembali memperkuatkan pasukan.
Sebelum ini, tiga tonggak penting JDT berkenaan terlepas panggilan ke kem Harimau Malaya susulan kecederaan yang menimpa mereka.
Suasana latihan juga kelihatan begitu memberangsangkan dengan skuad besar JDT sentiasa memberikan pilihan tambahan kepada Bidoglio untuk menurunkan kesebelasan terbaik.
Untuk rekod, skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatatkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Super 2024/2025 terutamanya ketika membelasah Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 5-1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram