BEKAS penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berpandangan Malaysia berdepan misi yang sukar namun percaya segalanya tidak mustahil untuk melihat kejutan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur, lapor Stadium Astro.
Malaysia dijangka berdepan tugas getir dalam perlawanan terakhir kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Taiwan di laman sendiri dalam perlawanan yang akan berlangsung pada Selasa.
Menerusi rancangan Nadi Bola: Latihan Pasukan Harimau Malaya, Safee berkata, penanda aras dalam bola sepak adalah prestasi dan kemenangan.
BACA LAGI: 'Otai masih berbisa', Amri Yahyah, Indra Putra ledak gol bersama PT Athletic
Safee berkata, penanda aras dalam bola sepak adalah prestasi dan kemenangan. — Stadium Astro
"Kita tidak boleh melupakan apa yang sudah dilakukan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk skuad kebangsaan.
"Ketika ini, tekanan pastinya dirasai oleh Harimau Malaya kerana mereka memerlukan jaringan yang besar.
"Memenangi perlawanan mungkin bukan satu perkara yang mustahil tetapi jaringan yang besar itu sesuatu yang amat sukar untuk dicapai ketika ini. Bagaimanapun, saya melihat dia tetap optimis dengan kemampuan pasukan," ujarnya.
Menurutnya, meskipun ketika ini, Harimau Malaya kehilangan khidmat Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok, namun dia berharap agar pemain yang diberi peluang mengisi posisi berkenaan tampil cemerlang.
"Saya berharap pemain yang dipilih mengisi kekosongan itu mampu melakukan yang terbaik, terutama sekali apabila beraksi di laman sendiri di Bukit Jalil," katanya.
Tambahnya lagi, meskipun Taiwan menghadirkan beberapa wajah baharu dalam pasukan namun dia melihat ia adalah satu kelebihan buat Harimau Malaya.
"Melihat kepada situasi perlawanan sebenar, saya percaya mereka masih lagi pemain baharu, jadi mereka dijangka bakal berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri terutama beraksi di SNBJ nanti," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram