SELEPAS kedua-dua ibu bapa ditahan, datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis pada Rabu petang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan pada pukul 2.30 petang.
"Ya, kedua-dua mereka sudah ditahan pada petang tadi (Rabu)," katanya.
BACA LAGI: Ada keterangan sudah direkod, nasib ibu bapa Zayn Rayyan akan diketahui Khamis
BACA LAGI: 'Ibu Zayn Rayyan tak mengaku bersalah, hanya perbetul fakta bercanggah'
Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn, namun lokasi penahanan kedua-dua individu berkenaan tidak diketahui.
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya sebelum ditemukan terbaring berhampiran sebuah sungai kira-kira 200 meter daripada rumahnya.
Laporan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan tubuh mangsa, seterusnya mengesahkan arwah yang berusia enam tahun mati dibunuh.
Sepanjang siasatan dibuat, pasukan forensik polis mencari sebarang bukti di lokasi penemuan mayat serta kawasan sekitar Damansara Damai. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram