[VIDEO] Aksi tackle tak sengaja di Setia Alam jadi modal fans Indonesia komen lebih-lebih


  • Podium
  • Isnin, 10 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik penjaga gol (jersi biru) diterjah oleh pemain lawan. — Agensi

TERJAHAN keras dalam bola sepak merupakan perkara yang sering berlaku dalam sukan berkenaan dan pastinya sukar untuk dielakkan.

Tular di sosial media apabila seorang penjaga gol diterjah keras oleh pemain amatur dalam satu perlawanan yang dipercayai aksi persahabatan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pengguna yang menggunakan nama @zezen4397 mendakwa kejadian itu berlaku di Setia Alam, Selangor.

BACA LAGI: 'Bermainlah seperti tiada hari esok', legenda Harimau Malaya cabar adrenalin anak-anak buah Kim Pan-gon

BACA LAGI: 'Otai masih berbisa', Amri Yahyah, Indra Putra ledak gol bersama PT Athletic

Dalam rakaman yang berdurasi 12 saat itu memaparkan pemain yang memakai jersi merah berkenaan dilihat cuba untuk menyumbat masuk bola masuk ke kawasan penalti lawan malangnya dilihat sengaja melakukan terjahan keras ke arah penjaga gol tersebut.

Sejurus terjahan itu dilakukan, penjaga gol berkenaan dilihat bergolek-golek di atas padang mengerang kesakitan di bahagian kepala.

Susulan kejadian itu, meninjau ruangan komen, penyokong Indonesia dianggap berlebihan dalam menilai aksi tersebut.

"Tak punya masa depan dah bola sepak Malaysia kalau ramai pemain macam tu, sanggup buat terjahan keras," kata @ds.laksono.

"Blacklist saja budak tu kerana mengancam karier orang lain," kata @tuffix.86.

"Penjaga gol dah tangkap bola tu, nak terjah apa kat atas kepala pula," kata @ryan.tamtam.

Meskipun begitu, melihat kepada rakaman video tersebut, penyerang yang memakai jersi merah itu dipercayai tidak sengaja melakukan terjahan keras.

Sebaliknya, dia dilihat mahu mengelak penjaga gol tersebut, namun aksi tetap dianggap sengaja melakukan terjahan kasar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram