Selain Irfan Fandi, ada 2 lagi bintang Sang Garuda dalam radar kelab Liga Super


  • Podium
  • Isnin, 10 Jun 2024

Irfan menyertai BG Pathum pada musim 2019. — Instagram/IrfanFandi

BEK tengah Singapura, Irfan Fandi boleh dilabel sebagai salah seorang pemain terkemuka skuad Singa dengan mana-mana pasukan di rantau Asia Tenggara khususnya pasti berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkasakan pasukan di bahagian pertahanan.

Peluang keemasan untuk mendapatkan pertahanan berpengalaman itu semakin terbuka buat kelab Asean termasuk pasukan Liga Malaysia (Liga M) apabila kontrak Irfan bersama kelab Thailand, BG Pathum United tidak lagi disambung untuk musim berikutnya.

Antara kelab awal domestik yang difahamkan berminat untuk mendapatkan pengalaman khidmat pemain berusia 26 tahun itu ialah Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

BACA LAGI: Ramon Marcote petik Selangor, Kedah, Sabah dan kelab Pantai Timur calon kuat saingan JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Dituduh ‘mastermind’ kes Faisal Halim: ‘Saya ada target lebih besar, yang susahkan dan ambil duit rakyat’, tegas TMJ

Walaupun ia sekadar khabar angin dua kelab itu ingin memburu khidmat Irfan namun peluang pasti sedang diintai oleh Kedah dan Selangor lagi-lagi bek kacak berkenaan mempunyai profil yang mengagumkan.

Untuk rekod, anak kepada Fandi Ahmad itu bukan hanya mempunyai pengalaman beraksi di saingan Liga Thailand malah, menjadi watak utama BG Pathum di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk beberapa musim.

Selain Irfan, beberapa pemain skuad kebangsaan Indonesia juga sedang menjadi buruan Liga Malaysia;

1) Jay Idzes

Siapa sangka pasukan yang kini mempunyai skuad depth terkuat Liga M iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dikhabarkan akan mengikat seorang pemain kebangsaan skuad Garuda iaitu pertahanan pasukan Serie B Itali, Venezia FC, Jay Idzes selepas pemain itu dilihat mengikuti Kiko Insa di laman Instagram.

Menurut portal Indonesia, kekuatan dana yang dimiliki JDT untuk menawarkan gaji lumayan seperti mana diterima Bergson da Silva, Fernando Foriesteri dan Jordi Amat, sekali gus berpontensi cerah memikat Jay Idzes ke Stadium Sultan Ibrahim.

Kiko Insa dikenali sebagai ejen yang sering membawa pemain import kepada kelab Liga Malaysia dan antaranya ialah Jordi (JDT), Liridon Krasniqi (bekas pemain Terengganu FC), Mario Arques (bekas import TRW) dan Levy Madinda (bekas Negeri Sembilan FC).

Namun, perkara ini kekal sebagai khabar angin susulan belum ada pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan mengenai pemain berketurunan Belanda yang menjadi pemain naturalisasi Indonesia pada Disember tahun lalu itu.

2) Marselino Ferdinan

Sebaliknya, pemain KMSK Deinze, Marselino Ferdinan yang menjadi bualan hangat apabila khabar angin mengaitkan bintang muda itu dengan sebuah pasukan Liga Super yang didakwa berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim ini.

Menerusi perkongsian laman penyokong Indonesia, Pojok Arena melaporkan Marselino sedang diintai Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) selepas kontraknya akan tamat pada Jun 2024.

Dengan sejarah KDN FC yang diketahui tidak mempunyai kewangan kukuh, skuad Pantai Timur itu semestinya perlu bersaing dengan pasukan yang lebih berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu.

Musim ini, Marselino hanya tampil dalam tiga perlawanan bersama KMSK Deinze dan kontraknya dikhabarkan akan disambung jika prestasi semasanya berjaya menambat hati barisan kejurulatihan kelab Belgium itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram