Kedah berebut dengan Selangor ingin dapatkan Irfan Fandi?


  • Podium
  • Ahad, 09 Jun 2024

Irfan musim ini beraksi sebanyak 14 perlawanan bagi saingan Liga Thailand bersama BG Pathum. — Instagram/IrfanFandi

JENDELA perpindahan mungkin tidak berlangsung di Malaysia namun beberapa liga negara jiran sedang hangat dengan khabar angin penghijrahan pemain mereka dek saingan liga masing-masing sudah melabuhkan tirainya.

Khabar angin yang sedang rancak di beberapa liga jiran itu juga melibatkan bola sepak domestik apabila ada desas-desus mengaitkan perpindahan pemain mereka bakal memulakan karier di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Misalnya, Irfan Fandi iaitu pemain dari kelab Thailand, BG Pathum United yang dikhabarkan sedang dalam pemantauan beberapa kelab Liga M selepas kontrak pertahanan itu tidak lagi disambung oleh pasukannya.

BACA LAGI: Hanya seri di Kyrgyzstan buatkan Harimau Malaya perlu 8 gol, magis berdepan Taiwan di Bukit Jalil

BACA LAGI: Selain Bambang Pamungkas, bekas coach HM antara 3 nama boleh ganti Dennis Bekking

Antara kelab awal yang difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat bek tengah kelahiran Singapura berkenaan ialah Selangor FC dengan sentimen Safuwan Baharudin mampu menarik minat pemain berusia 26 tahun itu.

Dengan ketua pasukan Gergasi Merah itu dianggap sedang berada pada fasa akhir karier sebagai pemain ditambah usianya juga semakin lanjut, Irfan dianggap pemain berpotensi untuk mengisi kekosongan Safuwan.

Jika dilihat hubungan mereka sebagai rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Singapura, pemain berusia 32 tahun itu juga boleh memainkan peranan besar untuk memujuk Irfan menyertai Selangor FC.

Selangor bagaimanapun tidak boleh terlalu selesa boleh mendapatkan khidmat Irfan susulan Gergasi Merah bakal menerima pencabar daripada Kedah Darul Aman (KDA) yang dikatakan turut menunjukkan minat sama terhadap kebolehan pemain itu.

WhatsApp Image 2024-06-09 at 13.21.37

Irfan menyertai BG Pathum pada musim 2019. — Instagram/IrfanFandi

"BG Pathum United tidak berhasrat menyambung kontrak Irfan Fandi. Namun, dikhabarkan ia bakal menyertai kelab dari Malaysia. Ada yang menyatakan iaitu Kedah FC dan Selangor FC," antara petikan khabar angin dari hantaran penyokong di media sosial.

Sekiranya, Kedah memang mempunyai hasrat untuk mendapatkan khidmat Irfan, ia pasti menjadi motivasi besar buat Sang Kenari menyelesaikan isu kewangan mereka kerana pastinya memerlukan wang yang banyak untuk membawa masuk bek itu.

Walaupun ia sekadar khabar angin dua kelab itu ingin memburu khidmat Irfan namun peluang pasti sedang diintai oleh Kedah dan Selangor lagi-lagi bek kacak itu mempunyai profil yang mengagumkan.

Untuk rekod, Irfan bukan hanya mempunyai pengalaman beraksi di saingan Liga Thailand malah, menjadi watak utama BG Pathum di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk beberapa musim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram