SKUAD kebangsaan berjaya mengikat Republik Kyrgyz dengan keputusan 1-1 dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Khamis.
Perlawanan yang berlangsung Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan.
Pada babak pertama, benteng pertahanan Harimau Malaya dilihat rapuh apabila penjaga gol kebangsaan, Azri Ghani gagal menangkap kemas jaringan yang dicetak lawan.
BACA LAGI: Selain Bambang Pamungkas, bekas coach HM antara 3 nama boleh ganti Dennis Bekking
BACA LAGI: Kami akan pastikan KDN FC sebagai kelab berdaya saing dan disegani — Timbalan Presiden baharu
Skuad kebangsaan berdepan situasi sukar untuk layak ke pusingan seterusnya. — Facebook/FAM
Skuad kebangsaan bagaimanapun enggan kembali ke bilik persalinan dengan tangan kosong akhirnya berjaya mendapat jaringan menerusi gol sendiri kapten lawan.
Dalam aksi tersebut, dua gol terhasil menerusi Gulzhigit Alykulov dan Valery Kichin yang merupakan tonggak utama Republik Kyrgyz.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk mendapatkan sebarang jaringan.
Jentera serangan Harimau Malaya dilihat sukar mencari rentak permainan dengan baik apabila gagal mematahkan benteng pertahanan lawan.
Meskipun mempunyai beberapa peluang untuk membocori pintu gawang lawan namun ketangksan dan kecekapan penjaga gol Republik Kyrgyz mematahkan peluang dan percubaan Harimau Malaya.
Jersi Faisal Halim mengiringi perjuangan Harimau Malaya berdepan Republik Kyrgyz. — Facebook/FAM
Akhir perlawanan tersebut menyaksikan barisan pemain skuad kebangsaan tampak kecewa dengan keputusan berkenaan apabila hanya membawa pulang satu mata sahaja ke bumi Malaysia.
Ia sekali gus menyaksikan harapan skuad kebangsaan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya semakin sukar dengan kemenangan besar perlu diraih dalam perlawanan akhir menentang Taiwan.
Dalam pertembungan akhir nanti, Harimau Malaya perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lapan gol untuk mengatasi lawan mereka itu bagi meletakkan mereka di kedudukan dua teratas.
Selain itu, skuad kendalian Kim Pan-gon juga perlu mengharapkan Republik Kyrgyz tewas ketika berdepan Oman, yang sekali gus akan membuatkan kutipan mata terikat pada sembilan mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram