Pendaftaran MYDigital ID berjalan secara berperingkat — Rafizi


  • Primer
  • Khamis, 06 Jun 2024

Proses pendaftaran MyDigital ID ketika ini sudah berjalan secara berperingkat. — The Star

PROSES pendaftaran MyDigital ID sudah berjalan secara berperingkat sebelum disepadukan sepenuhnya ke dalam semua aplikasi kerajaan, bermula dengan penjawat awam, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu berkata, proses pendaftaran akan diteruskan sehingga November.

Menurutnya, keutamaan adalah pada biometrik dan proses penskalaan sedang dijalankan.

BACA LAGI: Dakwaan rogol Mondy Tattoo, kes Ebit tidak akan diteruskan — Peguam

BACA LAGI: Warga emas maut dilanggar lori mengundur, pemandu rupanya ada 100 saman

Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. The Star

"Keperluan untuk pengesahan adalah lebih tinggi dan perlu dilakukan secara manual. Keutamaan adalah pada biometrik dan proses penskalaan sedang dijalankan.

“Ini dijalankan secara berperingkat bermula dengan perkhidmatan awam,” kata Rafizi selepas melancarkan Banci Peralatan Perkhidmatan Minyak dan Gas 2024 pada Khamis.

Tambahnya lagi, penyepaduan MyDigital ID ke dalam aplikasi kerajaan juga akan berlaku secara berperingkat.

MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan digital individu yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua sektor awam dan swasta dengan mengesahkan identiti pengguna apabila melakukan transaksi dalam talian.

Mimos diperuntukkan dengan dana RM80 juta seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada 21 November tahun lepas untuk mempercepatkan pelaksanaannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram