Kami akan pastikan KDN FC sebagai kelab berdaya saing dan disegani — Timbalan Presiden baharu


  • Podium
  • Khamis, 06 Jun 2024

Pastinya pelantikan timbalan presiden tersebut memberi suntikan semangat kepada pemain Kelantan Darul Naim. — Facebook/KDNFC

PENGERUSI Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) yang berkuat kuasa serta-merta.

Memetik laporan Sinar Harian pada Khamis, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Zamri Ismail yang telah melepaskan jawatan tersebut pada Mei lalu.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, kehadiran Che Ibrahim dijangka mampu memperkasakan lagi pasukan terutama dari segi pengurusan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah digelar import paling boroi, debut Nunez gegarkan gawang Selangor masih jadi sebutan

BACA LAGI: Pengarah teknikal bekerja untuk kelab, bukan penyokong — Legenda Selangor

WhatsApp Image 2024-06-06 at 19.20.49

Kelantan Darul Naim menerima khabar gembira apabila timbalan presiden baharu baru diumumkan pada Khamis. Facebook/KDNFC

"Kita menagih sepenuhnya pengalaman berkait pengurusan yang dimiliki oleh Che Ibrahim," katanya.

Sementara itu, Che Ibrahim berkata, dia akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada KDN FC.

"Insya-ALLAH, dengan kerjasama semua pihak terutama jawatankuasa kelab akan bekerja keras untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.

"Kami akan meletakkan KDN FC sebagai sebuah kelab berdaya saing dan disegani sekali gus membanggakan nama Kelantan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ini dan mohon kerjasama daripada semua pihak untuk terus kekal bersemangat untuk membawa sukan bola sepak Kelantan ke mercu kejayaan pada musim ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram