Ancaman bom palsu: Polis rakam kenyataan Menteri Motac, saksi lain akan dipanggil


  • 112
  • Khamis, 06 Jun 2024

Bangunan Motac terima ancaman bom pada Rabu. — The Star

POLIS merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Tiong King Sing bagi membantu siasatan berkaitan ancaman bom palsu di kementerian itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi lagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita sudah selesai merakam percakapan menteri (King Sing), namun kita akan memanggil beberapa saksi lagi bagi membantu siasatan," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: Dakwaan rogol Mondy Tattoo, kes Ebit tidak akan diteruskan — Peguam

BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke-9

Ketua Polis Putrajaya

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz.

Pada Rabu, media melaporkan polis mengesahkan bungkusan didakwa mengandungi bom yang dihantar di Motac adalah ancaman palsu.

A. Asmadi dilaporkan berkata, perkara itu disahkan selepas pemeriksaan menyeluruh oleh Unit Pemusnah Bom yang menggunakan dua ekor anjing pengesan dan teknologi.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bungkusan tersebut dihantar melalui kurier pada pukul 11.19 pagi dan dibawa naik ke tingkat 14 pada pukul 2.45 petang.

Jelasnya, apabila dibuka, pihaknya mendapati ia diletakkan bersama paip PVC (polyvinyl chloride), wayar dan 'timer'.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.

A. Asmadi berkata, polis mengesyorkan agar pengurusan bangunan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan barangan yang ingin dihantarkan kepada menteri dalam keadaan selamat.

Dalam perkembangan lain, siasatan awal mendapati bahawa bungkusan itu berasal dari pejabat cawangan syarikat kurier di Sungai Buloh dan kelakuan penghantar barang tersebut mencurigakan.

"Kami juga mendapatkan rakaman video penghantaran yang dilakukan oleh seorang lelaki. Kami mempersoalkan mengapa penghantar itu menggoncangkan kotak tersebut," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada surat ugutan ditemui,” katanya lagi. — The Star/FARIKZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram