
TUJUH adik-beradik hilang tempat bergantung apabila ayah mereka meninggal dunia selepas 21 hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Bapa mereka Zuraidi Mohd Azhar dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah setelah terlibat dalam kemalangan.
Kejadian itu dipercayai melibatkan kereta dan berlaku di Jalan Sungai Tok Pawang, Sungai Lalang ketika dalam perjalanan untuk menziarahi sahabatnya yang meninggal dunia.
BACA LAGI: Warga emas maut dilanggar lori mengundur, pemandu rupanya ada 100 saman
BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat rai hari bahagia kakak tak kesampaian, pemuda maut rempuh belakang bas
Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak yang berusia empat hingga 15 tahun.
Allahyarham yang berusia 36 tahun itu meninggalkan seorang balu, Nor Asikin Zainul Abidin dan tujuh orang anak yang berusia empat hingga 15 tahun.
Lebih memilukan, isteri kepada Allahyarham pula hanya suri rumah dan tidak mempunyai pekerjaan.
Jenazah selamat dikebumikan petang Khamis di Kampung Gua Ginu, Tualang, Pokok Sena Kedah.
Majoriti akan berkongsi setiap informasi dikongsikan keluarga Allahyarham dengan maklumat diperolehi akan terus dikemas kini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram