Dari bergambar bersama bas sampai main untuk Selangor, impian 2 beradik akhirnya jadi kenyataan


  • Podium
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Foto Harry dan Haykal ketika bergambar bersama bas Selangor FC ketika kecil.

SETIAP pemain bola sepak profesional pastinya mempunyai pasukan idaman tersendiri selain memasangimpian untuk beraksi bersama kelab kesayangan mereka jika berpeluang.

Dengan minat dan keghairahan, pasti kanak-kanak yang ingin bermain bersama kelab idaman itu akan berusaha untuk meningkat naik menjadi pemain-pemain elit bagi merealisasikan impian mereka.

Tidak dinafikan bukan semua akan melalui perjalanan indah untuk mengecapinya namun kisah adik beradik dari Meru, Klang, Selangor ini boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak di bangku sekolah yang mempunyai impian sama.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau JDT ada Arif Aiman, Selangor pula ada Phil Foden Malaysia'

BACA LAGI: Akaun palsu, 'troll' kena berhenti sebar kebencian terhadap pemain, tegas Presiden FAM

Kisah Harry Danish Haizon, 20, dan Haykal Danish Haizon, 19, mencuri perhatian penyokong Selangor FC apabila dua beradik itu berhasil menyarung jersi Gergasi Merah sebagai pemain selepas meminat kelab berkenaan sejak kecil.

Menerusi perkongsian dari laman Facebook penyokong, Selangor Red Giants kelihatan foto Haykal dan Harry di hadapan bas skuad Gergasi Merah dengan kedua-dua mereka menyarung jersi musim 2013.

haryy

Harry Danish berperanan sebagai penyerang.

10 tahun selepas itu, dua beradik berkenaan berhasil memikat Gergasi Merah dan akhirnya menandatangani kontrak sebagai pemain skuad Piala Presiden dan pemain pasukan Bawah 23 (B-23) tahun Selangor.

Tahun ini pula menyaksikan Harry sudah dinaikkan pangkat beraksi dalam skuad utama Liga Super selepas cemerlang bermain untuk skuad Piala Presiden pada musim lepas manakala, Haykal pula beraksi bersama skuad B-23 Selangor.

jaykal

Haykal Danish kini beraksi bersama B-23 Selangor.

Untuk info, Harry yang berperanan sebagai penyerang merupakan wira Selangor FC apabila mencetak nama sebagai penjaring tunggal aksi Final 1 Piala Belia ke atas Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada 2022.

Manakala, Haykal pula antara individu yang membantu skuad muda negara memenangi saingan Piala AFF B-19 tahun yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 2022 dengan dia meledak satu gol ketika kejohanan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram