MULA timbul persoalan dalam kalangan penyokong Selangor FC apakah kesalahan yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon sehinggakan nama beliau berada dalam komen yang dilontarkan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan kes pecah rumah Khuzaimie Piee.
Melihat insiden itu, Tunku Ismail membuka mulut untuk menepis segala dakwaan mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan kes pemain bola sebelum ini.
BACA LAGI: Selangor turunkan ramai pemain B-23, Nidzam Jamil pernah gilap Azri Ghani dan 2 bintang lain
BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’
"Confirm ini semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib.
"Next apa pula Dr Johan? Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja RM47 juta duit kerajaan dan rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita.
"Play victim, kononnya kami tak menang kerana kami dianiayakan.
"Semua salah TMJ, FAM, MFL dan PDRM, diri sendiri tak pernah salah. 'False flag'," tulisnya dalam satu ruangan komen di Instagram.
Tangkap layar komen TMJ dalam Instagram.
Melihat nama Dr Johan dipetik, penyokong mula mempersoalkan apakah salah yang dilakukan CEO Selangor itu.
"Aku tengah mencari kenyataan daripada Dr Johan pasal yang dia kata itu, kalau ada aku sendiri yang akan maki Dr Johan sebab sibuk pasal orang lain," kata Ullie Ramli.
"Pelik macam mana boleh tahu Selangor rugi RM47 juta?" soal Fairul Nizam.
"Kawan itu tak petik langsung nama beliau, alih-alih kena serang," ujar Daniel Syayyidi.
"Dr Johan pergi Indonesia pun tiba-tiba kena petik," luah Muzafir Mahfuz.
Tangkap layar Insta Story yang pernah dimuat naik oleh TMJ.
Untuk rekod, Tunku Ismail pernah memuji Dr Johan antara individu yang paling ikhlas melakukan kerja untuk Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram