Pan-gon nampak aspek teknikal, taktikal yang diperlukan daripada saya — Syafiq Ahmad


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Syafiq juga sedia membalas kepercayaan Pan-gon selepas diketepikan daripada tugasan kebangsaan sejak tahun lepas termasuklah skuad ke Piala Asia.

PEMAIN pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhd Syafiq Ahmad yakin pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melakukan sesuatu yang baharu untuk menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada bulan depan.

Syafiq juga sedia membalas kepercayaan Pan-gon selepas diketepikan daripada tugasan kebangsaan sejak tahun lepas termasuklah skuad ke Piala Asia.

Namun pemain berusia 28 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’

BACA LAGI: 'Apa salah Dr Johan?', fans Gergasi Merah pelik TMJ petik nama CEO Selangor

"Mungkin daripada aksi pra-musim dan dua perlawanan awal, Kim Pan-gon nampak ada aspek teknikal dan taktikal yang beliau perlukan daripada saya untuk dipanggil semula bersama skuad kebangsaan.

Perpindahan secara pinjaman ke Kedah DA telah dimanfaatkan Syafiq sepenuhnya untuk memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan.

"Apabila saya dipanggil semula, saya akan cuba untuk membantu pasukan dengan apa yang saya ada sekarang dan perlukan semaksimum mungkin,” kata Syafiq kepada Astro Arena.

Kali terakhir Syafiq dipanggil untuk membantu Harimau Malaya adalah pada Mac tahun lalu ketika menentang Turkmenistan dan juga Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Musim ini, Syafiq telah tampil dalam dua perlawanan Liga Super dan berjaya mencipta sejarah apabila menjadi penjaring terpantas musim ini apabila kurang daripada satu minit ketika menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Selayang, Selangor pada 11 Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram