Bekas penyerang Harimau Malaya, Apandi Yusuf meninggal dunia pada usia 73


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Apandi Yusof meninggal dunia di HUSM, kelantan pada Khamis.

BEKAS penyerang Harimau Malaya, Apandi Yusof, 73, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis.

Memetik laporan Sinar Harian, Allahyarham yang juga pemain bola sepak Kelantan era 70-an itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 petang semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HUSM.

Perkhabaran itu juga dimaklumkan oleh anaknya, Farah Adila, 40, yang mengatakan bahawa ayahnya menerima rawatan sejak 18 April lalu lagi.

BACA LAGI: Kadar pendapatan T20, M40 dan B40 bukan lagi penentu tetap taraf hidup — Anwar

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

Screenshot (1757)

Apandi merupakan bekas penyerang Harimau Malaya. — Kelantan United FC

Terdahulu, media melaporkan melaporkan Apandi berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada 18 April lalu, Apandi dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah sebelum doktor mengesahkan terdapat jangkitan tersebut dan terpaksa ditidurkan.

Untuk rekod, Apandi pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan dan menyertai Sukan SEA pada 1971. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram