PERLAWANAN hangat disaksikan ketika Kelantan Darul Naim (KDN) FC menerima kunjungan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada Sabtu lalu.
Keunggulan barisan serangan kedua-dua pasukan menyaksikan aksi tamat dengan keputusan 3-2 memihak kepada skuad Sang Badak dengan ia merupakan kemenangan pertama mereka musim ini.
Keputusan itu sekali gus meletakkan kelab Borneo tanah air berkenaan ke tangga ketiga Liga Super selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.
BACA LAGI: Selain Syafiq, loan TFC, 2 ex Sabah berisiko hilang kelab andai Kenari patah sayap
BACA LAGI: Baru panas enjin, nanti Syafiq Ahmad tak pasal-pasal kena balik JDT
Darren Lok berada dalam keadaan ofsaid ketika hantaran dibuat. — Facebook/Sabah FC
Tetapi, di sebalik kejayaan di Pantai Timur itu, penyokong skuad Sang Badak berasa sedikit kecewa apabila gol keempat pasukan yang dijaringkan Jefri Firdaus Chew dibatalkan.
Berdasarkan semakan video bantuan pengadil, bekas pemain muda kebangsaan terbabit tidak berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Saddil Ramdani.
Namun, melihat kepada ulang tayang, penyerang Sabah FC, Darren Lok jelas berada di belakang pemain terakhir KDN FC dengan penjaga garisan berasakan posisi pemain itu menjadi punca jaringan itu tidak sah.
Persoalan sudah tentu timbul memandangkan bola tidak dihantar ke arah tonggak Harimau Malaya itu, sekali gus membuatkan orang ramai beranggapan gol Jefri sepatutnya disahkan.
Jefri tidak berkesempatan menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Super musim ini. — Facebook/Sabah FC
Menjawab akan perdebatan hangat itu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Referee Kampung menjelaskan bahawa keputusan itu adalah tepat.
"Untuk makluman semua, adalah tidak salah untuk berada dalam keadaan ofsaid. Mereka akan hanya dihukum apabila membuat kesalahan mengganggu permainan, mengganggu pemain lawan dan mendapatkan keuntungan daripada kedudukannya.
"Kita dapat lihat Darren Lok yang berada di kedudukan ofsaid mengganggu pemain lawan dan dengan jelas cuba memainkan bola hampir berdekatannya, yang memberi impak terhadap pihak lawan," katanya.
Keputusan membatalkan jaringan itu tidak terlalu memberi kesan kerana Sabah FC masih berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan terbabit.
Bagaimanapun, Jefri dan barisan kejurulatihan pasukan pasti sedikit kecewa memandangkan gol berkenaan boleh meletakkan mereka di kedudukan kedua dengan kelebihan jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram