Faisal Halim cergas, teruja jalani fisioterapi — Hannah Yeoh


  • Podium
  • Ahad, 12 Mei 2024

Hannah berkata, ISN kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan yang betul.

PERKEMBANGAN terbaharu mengenai pemain kebangsaan negara, Muhd Faisal Halim kini semakin positif apabila teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti biasa.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor berkata, keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

"Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya kepada pemberita pada Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting di Klang, Selangor pada Ahad.

BACA LAGI: Serangan ke atas pemain bola sepak mesti dihentikan — Lee Lam Thye

BACA LAGI: ‘Tangan Faisal Halim tiada refleks jangka panjang tak tepat’

Dalam pada itu, Hannah berkata, Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan yang betul.

"Kita kena rujuk dengan doktor (kadar kesembuhan) dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri.

"Ada atlet yang mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza," katanya.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira pukul 5 petang.

2690787

Kecederaan yang dialami Faisal Halim.

Sebelum ini Majoriti melaporkan laporan mengatakan tangan Faisal tiada respons atau refleks itu tidak tepat.

Itulah perkongsian yang disampaikan Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Hazwan Khair ketika ditemui wartawan Majoriti pada Khamis lalu.

Menurut Hazwan, laporan media sosial sebelum ini menyatakan kecederaan yang dialami Faisal Halim akan memberi kesan jangka panjang adalah kurang tepat kerana beliau masih dalam proses rawatan.

"Proses rawatan itu adalah berperingkat, dan ia berjalan seperti dirancang boleh pakar bedah.

“Tetapi laporan yang menyatakan tangan Faisal tidak akan ada respons (refleks) itu tidak benar.

“Malahan impak selepas pembedahan kedua itu menunjukkan peningkatan sangat positif dan tempoh pemulihan Faisal mengikut jadual yang dirancang.

“Dengan rancangan pemulihan Faisal, Insya-ALLAH akan menunjukkan keputusan yang baik,” katanya kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram