Saifuddin mahu spekulasi kes simbah asid Faisal Halim dihentikan


  • Primer
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Saifuddin meminta agar tiada spekulasi dibuat berkenaan kes Faisal Halim.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan sebarang spekulasi mengenai kes simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Beliau berkata, pihak polis akan memastikan keselamatan para pemain yang beraksi dalam Liga Super akan terjamin tidak kira mereka beraksi di mana-mana gelanggang.

Untuk rekod, saingan Liga Super bermula pada Sabtu selepas aksi Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat dibatalkan.

BACA LAGI: Liga Super 2024 buka tirai dalam duka, tidak ikut tradisi seperti biasa

1892355

Faisal telah menjalani tiga pembedahan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘We are with you’, bintang Man United solidariti bersama Faisal Halim

"Keutamaan sekarang adalah memberikan rawatan terbaik supaya keadaan Faisal pulih seperti sedia kala dan saya mengulangi komitmen polis memastikan tiada pasukan atau pemain berasa bimbang keadaan keselamatan mereka sepanjang aksi musim ini.

"Kita juga mohon tidak dilanjutkan apa juga bentuk spekulasi kerana sudah tentu akan menjejaskan siasatan, kita kena ingat ada tangkapan dibuat.

"Jadi bila tangkapan dibuat, polis akan memulakan siasatan menyeluruh untuk mengetahui motif kejadian," kata Saifuddin.

Saifuddin turut meminta agar ruang diberikan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci agar suspek yang dicari dapat dikesan.

Sebelum ini, pihak polis mencekup tiga suspek bagi kes ini dengan suspek pertama telah pun dilepaskan.

Dalam pada itu, Faisal masih lagi berada di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta selepas menjalani tiga pembedahan.

Pemain Selangor FC itu tidak boleh menerima mana-mana pelawat dengan pemantauan rapi diberikan terhadapnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram