'Walaupun saya tidak kenal, harap mereka okay', 2 pemain warisan prihatin tentang Faisal dan Akhyar


  • Podium
  • Isnin, 06 Mei 2024

Sang (kiri) dan Smith (kanan) didakwa mempunyai pertalian darah dengan negara ini.

ARENA sukan tempatan telah dikejutkan dengan berita mengenai dua pemain bola sepak diserang dan disamun sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala serta anggota badan.

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Akhyar Rashid menjadi mangsa pertama apabila disamun dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan kaki pada 4 Mei lalu.

Pada Ahad, Faisal Halim pula menjadi mangsa kedua apabila disimbah asid sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangan, bahu dan badan semasa hendak keluar daripada kereta di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya.

BACA LAGI: Selangor FC hilang 6 tonggak utama sebelum lawan JDT?

Mickey

Faisal Halim menjadi mangsa khianat individu tidak dikenali selepas disimbah asid pada Ahad.

Berita ini mengejutkan seluruh arena sukan tempatan kerana berbaki tiga hari lagi perlawanan pertama Liga Super antara dua gergasi bola sepak iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.

Namun apa yang lebih menarik, dua pemain kacukan England-Malaysia turut mengetahui insiden yang berlaku kepada dua bintang kebangsaan itu meskipun tidak mengenali mereka secara dekat.

Perkara itu dikongsikan oleh laman Instagram @Frfuturetalents selepas bekas pemain Akademi Manchester United, Tom Sang dan pertahanan Cheltenham, Andy Smith memberi ucapan buat dua pemain kebangsaan itu.

"Walaupun saya tidak mengenali mereka, saya harap semuanya akan baik-baik sahaja," kata Tom Sang.

"Sedih untuk melihat perkara seperti ini, mereka tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu, harap akan ada perlindungan buat mereka," luah Andy Smith.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya Terengganu FC berjaya calar rekod bersih juara Piala AFC

Untuk info, pihak polis telah menahan suspek yang menyimbah asid ke arah Faisal Halim dan kini sedang direman selama dua hari manakala individu yang memukul Akhyar Rashid masih lagi diburu pihak berkuasa.

Kedua-dua pemain itu mungkin akan terlepas aksi pembukaan memandangkan Liga Super akan membuka tirainya pada hujung minggu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram