SIAPA yang mengikuti perjalanan Liga Super musim lepas, pasti masih mengingati Kelantan FC memecahkan rekod pasukan terbanyak bolos 100 gol dalam sejarah kejohanan tertinggi Liga Malaysia (Liga M) sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.
Kejadian memalukan menimpa kem The Red Warriors (TRW) itu bermula apabila mereka mengalami isu tunggakan gaji sehingga menyebabkan beberapa tonggak utama angkat kaki dan memaksa pengurusan menggunakan khidmat pemain muda yang kurang berpengalaman.
Wabak bolos 100 gol itu nampaknya bukan hanya berlaku dalam saingan domestik selepas pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United seakan-akan 'berjangkit sama' apabila baru sahaja mengulangi rekod pasukan Pantai Timur berkenaan.
BACA LAGI: Tiada usul Selangor FC tarik diri, 60 peratus undi tak perlu main Piala Sumbangsih
Kekalahan terbesar TRW Kelantan musim lalu ialah ketika tewas kepada Selangor 11-2 dalam saingan Liga Super.
BACA LAGI: Hamidin saran pemain guna khidmat pegawal peribadi
Rekod memalukan berkenaan membuatkan skuad The Blades menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris pertama yang melepaskan 100 gol dalam musim 38 perlawanan. Sheffield hanya mengumpul 16 mata dan ia merupakan ketiga terendah dalam sejarah EPL.
Gawang skuad kendalian Chris Wilder itu diaibkan sebanyak 100 gol selepas mereka tewas 1-3 di tangan Nottingham Forest di Stadium Bramall Lane, South Yorkshire, England dalam aksi EPL pada Sabtu.
Dua jaringan dari Callum Hudson-Odoi dan gol tunggal dari Ryan Yates sudah cukup menambah derita Sheffield. Skuad The Blades secara rasminya sudah tersingkir dari EPL selepas tewas 5-1 kepada Newcastle pada 27 April.
Lebih menyedihkan apabila Sheffield United berisiko untuk menjadi pertahanan paling bocor dalam sejarah EPL kerana mereka masih perlu menentang Everton dan Tottenham Hotspur selepas ini.
Untuk rekod, skuad The Blades kini senasib dengan Swindon Town, yang sebelum ini pernah melepaskan 100 gol sepanjang kempen 42 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram