Bekas menteri kantoi belasah isteri 8 jam sampai mati di restoran milik saudara


  • Benua
  • Isnin, 06 Mei 2024

Bishimbavey dikatakan menyerang isterinya selama lapan jam di sebuah restoran hingga wanita itu meninggal dunia. — Agensi

SELURUH Kazakhstan mendesak bekas Menteri Ekonomi negara itu, Kuandyk Bishimbayev dikenakan hukuman yang lebih berat selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dia memukul isterinya, Saltanat Nukenova hingga maut, tersebar.

Ribuan rakyat negara tersebut dilaporkan mendesak agar hukuman lebih berat dikenakan kepada Bishimbayev selepas sesi perbicaraan di mahkamah mendedahkan rakaman CCTV bekas menteri itu melakukan keganasan domestik terhadap isterinya.

Dalam rakaman tersebut, Bishimbayev dilihat menarik rambut isterinya serta menumbuk dan menendangnya berulang kali.

BACA LAGI: Tak lupa kawan lama, bekas import Sri Pahang doakan Faisal Halim

In this photo released by the Kazakhstan Supreme Court Press Office’s Telegram channel on Friday, April 12, 2024, businessman Kuandyk Bishimbayev, the country’s former economy minister, sits in a defendants’ cage at his trial in Astana, Kazakhstan. Bishimbayev is on trial for killing his wife, Saltanat Nukenova, and the case has touched a nerve in the Central Asian country, with tens of thousands of people signing petitions calling for harsher penalties for domestic violence. On April 11, senators approved a bill toughening penalties for spousal abuse, and President Kassym-Jomart Tokayev signed the measure into law four days later. (The Kazakhstan Supreme Court Press Office Telegram channel via AP)

Rakyat Kazakhstan mendesak agar Bishimbayev diberikan hukuman lebih ketat. — Agensi

Perbuatan tersebut berlarutan sehingga lapan jam dengan terdapat rakaman Bishimbayev turut dilihat merosakkan pintu dengan niat cuba menghalang isterinya mendapatkan perlindungan di bilik air.

Kejadian yang berlaku pada November 2023 itu melihatkan Nukenova, 31, didera hingga meninggal dunia di restoran milik saudara Bishimbayev.

Rentetan kejadian itu, Bishimbayev kemudiannya disyaki membunuh isterinya yang disahkan meninggal dunia kerana mengalami trauma di bahagian otak.

BACA LAGI: [VIDEO] Gunung Ruang meletus lagi, notis penutupan lapangan terbang dilanjutkan

Pada mulanya, Bishimbayev menafikan tuduhan tersebut namun pada Rabu lalu, dia mengakui menyerang isterinya dan secara tidak sengaja membunuh Nukenova.

Pasukan perundangan yang mewakili Bishimbayev sedaya upaya cuba untuk menbuktikan Nukenova merupakan seorang wanita cemburu serta bertindak ganas. Malangnya, rakaman CCTV menyaksikan tiada bukti wanita itu menyerang suaminya.

Bishimbavey sebelum ini dianggap sebagai pemimpin yang moden, serta progresif di bawah pemerintahan Nursultan Nazarbayev yang pernah menerajui Kazakhstan.

Sebelum ini dia pernah didapati bersalah atas kesalahan rasuah pada 2018 namun dilepaskan selepas memperoleh pengampunan, kurang dua tahun daripada permulaan hukumannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram