Tony Fernandes ada 'wealth & power' untuk pimpin FAM — Pekan Ramli


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Tan Sri Tony Fernandes mempunyai pengalaman luas memiliki kelab bola sepak dan pasukan formula satu. — Agensi

TANPA disangka, Wisma FAM bergegar dengan surat layang yang dikeluarkan oleh pihak dikenali sebagai Ultras FAM sehari sebelum Kongres FAM ke-60 diadakan pada April.

Pendedahan tersebut membuka pintu kepada desakan penyokong menyeru agar presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk meletakkan jawatannya.

Tetapi adakah wajar untuk mendesak Hamidin melepaskan jawatannya? Bagi pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, desakan itu biarlah hadir daripada perwakilan FAM berbanding penyokong.

Hal ini kerana, sokongan penyokong ini ada pasang surutnya mengikut situasi semasa.

"Permintaan penyokong itu samada wajar atau tidak supaya Datuk Hamidin meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM itu tidak semestinya dituruti. Bagi saya suara desakan itu hanya boleh dipandang serius jika ianya datang daripada ahli gabungan.

"Jika desakan hanya datang daripada penyokong sahaja ia boleh diabaikan sahaja kerana pendapat penyokong ni tidak begitu konsisten, sekejap sokong melangit sekejap kecam menggila," kata Pekan kepada Majoriti.

Jika ahli gabungan mahukan perubahan presiden, Pekan berharap mereka membuka ruang buat wajah baharu untuk menerajui bola sepak negara.

Wajah-wajah dari kalangan ahli politik atau calon 'kitar semula' tidak sepatutnya diberikan peluang untuk memimpin FAM.

BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, penalti Liridon julang Kedah jadi kelab terakhir kalahkan JDT pada aksi Sumbangsih

t1larg.tony.fernandes.gi

Neil Warnock antara pengurus QPR ketika era Tony Fernandes. — Agensi

BACA LAGI: VAR Malaysia lulus, FIFA beri lampu hijau kepada FAM

"Untuk kali ini saya berharap ahli-ahli gabungan FAM mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melihat calon-calon dari tokoh-tokoh korporat atau orang dari luar FAM termasuk bekas-bekas pemain, pakar-pakar pengurusan sukan untuk diangkat menjadi calon kepimpinan tertinggi FAM.

"Cuma seelok-eloknya bukan ahli politik atau calon 'kitar semula'," kata Pekan.

Jika ingin memberikan ruang kepada muka baharu, Pekan berasakan usahawan terkenal, Tan Sri Tony Fernandes boleh diangkat untuk mengemudi FAM atas pengalamannya dalam sukan.

Bekas pemilik kelab England, Queens Park Rangers itu sudah 'masak' dengan bola sepak selain sukan-sukan lain seperti pemotoran.

"Tony merupakan tokoh korporat yang banyak pengalaman terbabit dgn sukan di peringkat global, (pernah) pemilik kelab bola sepak di England, sukan lumba kereta formula satu dan lain-lain dan juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan menerajui syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia iaitu Air Asia dan ini sangat-sangat membantu FAM.

"Tambahan pula, kita memang perlukan Presiden yang memiliki wealth and power. Apa pun, terpulang kepada Tony sama ada dia mempunyai cukup passion untuk menggalas tanggungjawab ini," terang Pekan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram