Vincent Bezecourt ancaman besar Selangor sebelum bertemu JDT


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Geylang International berada di tempat kelima dalam Liga Singapura pada musim lalu.

SELANGOR FC memastikan gelaran Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 menjadi milik mereka selepas menumbangkan juara Liga Laos, Young Elephants FC 4-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Ahad.

Dua kemenangan berturut-turut dilakar anak buah Nidzam Jamil itu membolehkan mereka mengungguli saingan dengan 14 mata keseluruhan selepas kemenangan ke atas Young Elephants FC membantu mereka menambah tujuh lagi mata.

Sebelum ini, mereka sudah pun mengutip tujuh mata hasil kemenangan besar 4-0 ke atas wakil dari Brunei, DPMM FC pada aksi pertama, Jumaat lalu.

BACA LAGI: Aaron Zehnter pengganti ideal Corbin Ong

Vincent

Bezecourt tampil dalam 46 penampilan dengan 17 gol serta 14 assist dalam Liga Singapura. SPL

Selangor telah menjaringkan lapan gol dan mengekalkan rekod tanpa bolos dalam kejohanan ini sebagai persediaan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Piala Sumbangsih pada 10 Mei nanti.

Tidak terhenti di situ, Selangor akan bertemu kelab Singapura, Geylang International FC sebagai aksi terakhir untuk bertemu Harimau Selatan di Stadium MBPJ pada 3 Mei 2024.

Apa yang lebih menarik, Selangor akan menghadapi cabaran daripada pemain berpengalaman, Vincent Bezecourt bagi menguji benteng pertahanan Gergasi Merah yang tidak bolos dalam kejohanan SAC 2024.

BACA LAGI: Steenvoorden masih belum 'solid', fans TFC desak rekrut bekas import Sang Penyu

Untuk rekod, Bezecourt pernah beraksi dalam divisyen utama Amerika Syarikat bersama New York Red Bulls dan terlibat dalam kelayakan Liga-Liga Juara Eropah (UCL) ketika mewakili Alashkert FC.

Mula menyertai Geylang pada 2022, Bezecourt tampil dalam 46 penampilan dengan 17 gol serta 14 bantuan jaringan (assist) dalam Liga Singapura.

Ia sekali gus, membuktikan Bezecourt mempunyai teknik dan kualiti tersendiri sebagai seorang pemain import yang beraksi dalam Liga Singapura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram