Aaron Zehnter pengganti ideal Corbin Ong


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Aaron (kanan) ketika beraksi bersama FC Augsburg. — Agensi

SIAPAKAH pengganti La'Vere Corbin-Ong?

Itulah yang bermain dalam fikiran seluruh penyokong bola sepak negara selepas melihat tiada calon paling sesuai untuk mengisi posisi pertahanan kiri di skuad kebangsaan.

Pemain warisan England-Malaysia itu sudah berusia 33 tahun dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera mencari pengganti Corbin memandangkan skuad kebangsaan masih ketandusan bintang di posisi pertahanan kiri itu.

Tahun lalu, Corbin boleh dikatakan tampil dalam kesemua perlawanan antarabangsa bersama Harimau Malaya yang menyaksikan hampir tiada pengganti sesuai untuk menyamai kualiti pemain itu.

BACA LAGI: Masih berbisa, Ramadhan dan Nurullaev antara bintang Top 4 cemerlang sepanjang pramusim

Zehnter

Zehnter pernah mewakili skuad muda Jerman. — Agensi

Namun baru-baru ini, menerusi perkongsian @frfuturetalents mereka telah menjumpai permata baharu posisi kiri Harimau Malaya yang sedang beraksi dalam liga divisyen kedua Jerman iaitu Aaron Zehnter.

Siapakah Aaron Zehnter? Pemain berusia 19 tahun itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan negara ini menerusi ibunya dan sedang menjadi 'regular player' buat SC Paderborn.

Musim ini, Zehnter tampil dalam 12 perlawanan bersama SC Paderborn dan merekodkan satu jaringan serta dua 'assist' untuk membantu mereka berada di kedudukan ketujuh Bundesliga.

Bukan sahaja beraksi di posisi pertahanan kiri, Zehnter turut mampu bermain sebagai pemain sayap kiri dan pernah mewakili skuad muda nasional Jerman dalam pelbagai peringkat umur.

BACA LAGI: [VIDEO] Petik nama TMJ, Ferdy Druijf semakin hampir sarung jersi Harimau Malaya?

Zehnter merupakan graduan akademi kelab FC Augsburg yang telah menghasilkan banyak bintang dunia seperti Kevin Danso (Austria), Marco Richter, Erik Thommy, Sven Muller (Jerman) dan ramai lagi.

Kemasukan Zehnter dalam Harimau Malaya turut mendapat sokong penyokong bola sepak @Onefootball.my yang mahu FAM menyegerakan perjumpaan dengan pemain muda kacukan Jerman-Malaysia itu.

"Memandangkan Corbin Ong sudah berusia 33 tahun.

"Harimau Malaya perlu segera mencari pengganti untuk jangka masa panjang di posisi yang paling kritikal iaitu LB (pertahanan kiri).

Mungkin pihak FAM boleh membuat satu perjumpaan dengan Aaron Zehnter yang baru berusia 20 tahun," katanya.

Menjadi persoalan dalam kalangan penyokong, adakah FAM mampu menarik minat Zehnter untuk mewakili Harimau Malaya di masa akan datang? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram