Steenvoorden masih belum 'solid', fans TFC desak rekrut bekas import Sang Penyu


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Steenvoorden baru menyertai Sang Penyu pada musim ini. — TFC

TERENGGANU FC (TFC) melakukan persiapan pramusim yang baik apabila mencatatkan beberapa keputusan positif dan berjaya menjuarai kejohanan empat penjuru Agarbomb Performance Cup menewaskan pasukan Penang FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC II.

Kejohanan itu untuk menguji barisan import dan tempatan baharu yang menyertai skuad Tomislav Steinbruckner bagi mengharungi musim baharu Liga Super.

Pihak pengurusan Sang Penyu telah menandatangani empat pemain import baharu iaitu Matthew Steenvoorden (Belanda), Manuel Ott (Filipina), Ismahil Akinade (Nigeria) dan Marin Pilj (Croatia).

BACA LAGI: Aaron Zehnter pengganti ideal Corbin Ong

Diakite

Diakite kini merupakan ejen bebas.

Steinbruckner turut mengekalkan Ivan Mamut dan Nurillo Tukhtasinov selepas mereka tampil cemerlang membantu TFC layak bantu Sang Penyu ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebelum tewas di tangan JDT dengan keputusan 1-3 pada 8 Disember lalu.

Namun penyokong dilihat tidak berpuas hati dengan prestasi Steenvoorden dan mahu pihak pengurusan mengikat kembali bekas import yang pernah berkhidmat dengan Sang Penyu.

Bekas import Sang Penyu kini menjadi pilihan untuk menggantikan Steenvoorden ialah Pape Diakite yang kebetulan sedang bergelar ejen bebas selepas tidak disambung kontraknya oleh HAGL FC pada November tahun lepas.

BACA LAGI: Masih berbisa, Ramadhan dan Nurullaev antara bintang Top 4 cemerlang sepanjang pramusim

Antara komen yang dilontarkan penyokong adalah Steenvoorden masih lagi belum boleh mengadaptasi dengan corak permainan pasukan Liga Malaysia susulan perlawanan pramusim.

"Baik guna pertahanan lokal, Steenvoorden lemah dan masih belum biasa dengan persaingan fizikal pasukan lawan," kata Mie Omar.

"Sepatutnya bawa balik Diakite, sebab masa dia jaga 'back four' Terengganu antara pasukan yang paling sikit dibolosi pihak lawan," ujar Hasnul Hakeem.

"Diakite tengah ejen bebas, lebih baik ambil dia berbanding Steenvoorden yang tak ada pengalaman dalam Liga Malaysia," luah Izahar Nalzor.

Untuk rekod, Diakite mewakili Sang Penyu pada musim 202-2022 sebelum menyertai kelab Vietnam, HAGL FC secara percuma selepas pihak pengurusan tidak berminat menyambung kontraknya.

Pemain berusia 30 tahun itu tampil dalam 29 perlawanan bersama TFC dan menjaringkan satu gol ketika berkhidmat untuk Sang Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram