Dah 'deal' dengan pasukan lain, Allee dedah sebab 'Hamba ALLAH' sertai TRW Kelantan


  • Podium
  • Isnin, 29 Apr 2024

Mental dan fizikal Allee tidak terjejas untuk kembali ke Sepanyol selepas pengalaman buruk bersama TRW Kelantan.

PEMAIN muda berbakat besar, Allee Putra Azril tidak terkesan dengan pengalaman enam bulan bersama TRW Kelantan FC untuk kembali mendapatkan momentumnya bersama kelab Sepanyol, FC Malaga City.

Bekas pemain tengah TRW Kelantan itu berkata, enam bulan pengalaman beraksi bersama pasukan yang dimiliki Norizam Tukiman banyak mengajarnya walaupun mengalami kekalahan besar dalam beberapa perlawanan.

Untuk rekod, Allee menerima ilmu bola sepaknya bersama akademi FC Malaga City yang berada di Sepanyol sekali gus memberikan peluang besar buatnya untuk mewakili kelab sekitar Eropah.

BACA LAGI: Subra anggap sparring Selangor biasa-biasa, tak setanding Top 4 seperti JDT, TFC dan Kedah

Allee Putra

Allee bersama Kelantan selama enam bulan. Facebook/TRW Kelantan

"Selama enam bulan dengan Kelantan dari segi mental dan fizikal ia tidak banyak memberikan kesan, ia tidak pernah berada di tempat negatif sebab saya buat kerja sahaja.

"Dari segi mental dan kondisi, setiap hari, hari baru dari segi mental memang kami kalah dalam banyak perlawanan 2-11, 0-10 tapi benda itu bagi saya, saya mengambil sebagai pengajaran dan teladan untuk masa depan.

"Dari segi fizikal ia tidak memberi kesan ketara walaupun latihan yang kurang intensiti ataupun ada hari pemain tak turun latihan saya masih berlatih dan melakukannya macam biasa.

"Dari segi motivasi ia tidak pernah membuatkan saya 'down' dari segi kekalahan dan 'lack of profesionalism' masa itu tidak memberikan kesan dan motivasi saya sentiasa berada di tahap yang sama," katanya kepada Majoriti.

Allee turut mendedahkan sebelum menyertai TRW Kelantan FC, dia sebenarnya sudah menerima lamaran daripada Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) namun disebabkan untuk membayar budi kenalan rapat Zamsaham pemain muda itu menyertai The Red Warriors.

"Sejujurnya saya balik Kelantan untuk cuti dua ke tiga bulan sebab dah dua tahun tak jumpa keluarga semua jadi tujuan utama memang nak bercuti.

"Saya sepatutnya balik ke Malaga, Sepanyol pada Ogos atau September 2023 tapi semasa saya berada di Kelantan, KDN FC dan TRW Kelantan melamar saya untuk mewakili kelab sementara balik cuti itu.

"Saya sebenarnya dah 'deal' dengan KDN FC di tengah jalan itu ada hamba Allah ini yang saya terhutang budi yang mana saya sepatutnya 'sign' dengan KDN FC tapi sebab 'Hamba ALLAH' ini saya bayar budi malu mata kepada dia dan dia adalah kenalan rapat dengan Boszam.

"Dialah orang yang suruh saya 'cancel deal' dengan KDN FC dan nak bawa saya ke TRW untuk bantu kerana masa itu player dah tak ramai sangat.

"Dengan izin Zamsaham, dia bagitahu dekat 'Hamba ALLAH' ini berminat untuk 'sign' saya dan hamba Allah ini bawa saya ke situ (Kelantan) dan 'the rest is history'," jelasnya.

BACA LAGI: Pernah berbakti bersama Kedah, 3 pemain sayap mudah pikat hati penyokong Sang Kenari

Malaga City

Allee kini berada di Sepanyol bersama FC Malaga City. Instagram/Allee Putra

Begitupun, Allee enggan mendedahkan identiti siapa 'Hamba ALLAH' yang dimaksudkan.

Pada masa sama, Allee juga tidak serik untuk beraksi dalam Liga Malaysia dan akan mempertimbangkan minat dari kelab-kelab Liga Super untuk kembali ke negara ini jika mendapat peluang kedua.

"Sebelum saya terbang ke Sepanyol, ada dua kelab yang 'offer' saya bermain dekat Malaysia tetapi saya dah buat keputusan untuk pulang ke Sepanyol tapi ia bergantung kalau ada kelab yang 'offer' saya berbaloi untuk pulang semasa jendela perpindahan kedua atau tahun depan saya akan mempertimbangkannya.

"Selepas pengalaman dan teladan yang saya dapat daripada Kelantan sudah semestinya sebelum 'join' mana-mana kelab akan tengok dari segi pengurusan atau profesionalism dari segi pemain gembira atau tak dengan kelab itu.

"Tetapi perancangan sekarang saya fokus untuk habiskan masa dekat sini (Sepanyol) andai kata saya sambung dekat sini (FC Malaga City) kalau tak ada rezeki saya akan mencari kelab-kelab di luar Sepanyol dan sekitar Europah.

"Tetapi jika ada kelab dari Liga Malaysia yang 'offer' saya berbaloi dan bagus untuk 'development' saya di masa akan datang InshaALLAH saya akan pertimbangkan dan balik untuk main dalam Liga Malaysia," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram