'Ref botak is back', Zulkarnain Zakaria turun padang panas badan jadi pengadil pramusim


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Zulkarnain (tengah) mengadili perlawanan persahabatan di antara Selangor II dan Imigresen FC. — Facebook/Imigresen FC

KEMERIAHAN Liga Super Malaysia bakal menambah serinya apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) buat pertama kali akan menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang memakan kos operasi hampir RM10 juta bagi memastikan saingan tempatan berlangsung dengan lancar.

VAR merupakan teknologi baharu diperkenalkan oleh MFL musim ini bagi membantu pengadil-pengadil Liga Malaysia (Liga M) memeriksa setiap kesalahan dilakukan pemain atau pegawai bertugas untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

Kehadiran VAR ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan isu mutu pengadilan yang mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mendapat perhatian seluruh penyokong bola sepak tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jika saya cakap, boleh jadi panas', hubungan Salah-Klopp ibarat retak menunggu belah?

Antara pengadil yang mengundang kontroversi di atas padang ialah Zulkarnain Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'ref botak' dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Zulkarnain cukup terkenal dengan melakukan keputusan yang meragukan sehingga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengambil tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil itu pada musim lalu.

FAM telah membuat keputusan untuk mengenakan tindakan menggantung Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan bagi musim 2023.

Namun kelibat Zulkarnain mungkin akan kita kelihatan musim ini di atas padang apabila dia sudah turun mengadili perlawanan persahabatan antara Selangor II dan Imigresen FC baru-baru ini.

Selangor II

Antara aksi perlawanan persahabatan di antara Selangor II dan Imigresen FC. Facebook/Imigresen FC

Dalam perlawanan itu, skuad muda Selangor berjaya menewaskan Imigresen FC dengan keputusan 3-2 di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.

Ia sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi sekembalinya 'ref botak' dalam kancah Liga Super musim depan dengan bantuan daripada VAR.

Sehingga kini masih belum mempunyai sebarang maklumat mengenai status Zulkarnain sebagai pengadil Liga M pada musim depan.

BACA LAGI: [VIDEO] Cemas brek rosak, YouTuber patah riuk paraglider terhempas atas tanah berbatu

Pernah mencetuskan kontroversi semasa perlawanan Sabah FC dan Penang FC sehingga digantung tugas pada tahun lalu.

Zulkarnain juga telah membuatkan CEO Selangor FC, berang dengan tindakannya yang memberikan penalti mudah kepada JDT dalam satu perlawanan Liga Super 2022 yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk melihat sekembalinya kelibat 'ref botak' di tengah padang pada musim depan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram