Piala Uber: Malaysia tewas 1-4 kepada Taiwan


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Teoh Mei Xing (kanan) dan Go Pei Kee memberikan mata tunggal Malaysia dengan mengejutkan pasangan ke-24 dunia Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.

MALAYSIA memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di Chengdu, China pada Ahad.

Pemain profesional perseorangan wanita negara Goh Jin Wei telah melakukan yang terdaya, sebelum tewas kepada Tai Tzu Yin dalam dua set, pada kejohanan yang berlangung di Pusat Sukan High-Tech Zone Chengdu.

Bekas juara dunia remaja dua kali itu, berjaya mendahului seketika pada kedua-dua set, namun Tzu Ying akhirnya menang tipis 21-19, 22-20, untuk memberikan Taiwan mata pertama mereka.

BACA LAGI: 'Ref botak is back', Zulkarnain Zakaria turun padang panas badan jadi pengadil pramusim

Pada perlawanan kedua, pasangan bidang terjun yang diketuai kapten pasukan Teoh Mei Xing dan pasangannya Go Pei Kee, memberikan sedikit harapan apabila mereka memberikan mata tunggal Malaysia dengan mengejutkan pasangan ke-24 dunia Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.

Mei Xing-Pei Kee yang tidak pernah bermain bersama sejak lebih dari setahun itu, mempamerkan permainan yang bertenaga untuk menewaskan Ya Ching-Wan Ching, 21-19, 21-17.

Bagaimanapun Taiwan berjaya mendahului semula selepas pemain ke-27 dunia Wen Chi Hsu yang tewas set pertama kepada K. Letshanaa, berjaya menguasai dua lagi set pada perlawanan yang berlangsung sehingga 57 minit.

Letshanaa yang berkedudukan ke-68 dunia itu, bermula cemerlang dengan menang set pertama 21-13, sebelum tewas dua set seterusnya kepada pemain berusia 26 tahun itu, 17-21, 16-21.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jika saya cakap, boleh jadi panas', hubungan Salah-Klopp ibarat retak menunggu belah?

Keputusan UBER

Keputusan penuh Piala Uber antara Taiwan dan Malaysia.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pasangan beregu muda negara Tan Zhing Yi-Ho Lo Ee untuk menyamakan kedudukan.

Namun Lo Ee-Zhing Yi gagal melakukannya dan mereka tewas kepada pasangan Hu Ling Fang-Teng Chun Hsun, 17-21, 11-21.

Pemain perseorangan ketiga Taiwan Sung Shuo Yun melengkapkan perlawanan dengan memberikan mata keempat kepada pasukannya selepas menewaskan Wong Ling Ching, 21-17, 22-20.

Berikutan kekalahan pada Ahad, peluang Malaysia untuk ke suku akhir menjadi sukar, kerana mereka akan berhadapan naib juara 2018 Thailand, yang mengalahkan Australia 5-0, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B pada Isnin. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram