Bekas pengadil FIFA anggap tak semua perlawanan Liga M perlu VAR


  • Podium
  • Khamis, 25 Apr 2024

Sebahagian aksi antara The City Boys berdepan NSFC yang menggunakan sistem VAR. — Facebook/MFL

BARU-BARU ini, sejarah bola sepak Malaysia tercipta apabila teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) pertama kali digunakan dalam saingan peringkat domestik dalam negara.

Stadium Kuala Lumpur, Cheras menjadi venue pertama yang menyaksikan VAR digunakan untuk mengadili perlawanan antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Negeri Sembilan FC dalam saingan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan.

The City Boys bergelar juara selepas menewaskan skuad Jang dengan keputusan 2-1 dalam aksi yang berlangsung pada Isnin.

Meskipun begitu, skuad Warga Kota itu terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Brendan Gan selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin yang didapati melakukan kekasaran terhadap lawan selepas semakan berulang kali.

BACA LAGI: VAR sekadar rujukan, pengadil boleh 'stand' keputusan — Subkhiddin

WhatsApp Image 2024-04-24 at 21.07.19 (1)

Aksi pramusim skuad Warga Kota menentang Negeri Sembilan menjadi perlawanan pertama yang menggunakan VAR. — Facebook/MFL

BACA LAGI: Tidak perlu letak jawatan, legenda desak FAM tangani masalah dihadapi Juan Torres Garrido

Bagaimanapun, bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh menganggap bahawa tidak semua perlawanan Liga M memerlukan pengunaan VAR tersebut.

Menurutnya, sekiranya pengadil perlawanan mempunyai kualiti yang baik untuk mengadili sesuatu perlawanan, pengunaan teknologi berkenaan tidak diperlukan.

"Kalau pengadil itu mempunyai kualiti yang baik, maka ada sesetengah pelawanan tidak memerlukan pun bantuan VAR ini.

"Jadi, bukanlah bermaksud bila kita gunakan VAR dalam Liga M, maka setiap pelawanan mesti ada VAR," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, pengunaan VAR hanya dilakukan sekiranya pengadil perlawanan didakwa membuat keputusan yang jelas mempunyai kesalahan.

"VAR cuma interpretation bila mana pengadil tersebut membuat keputusannya memang benar-benar ada kesalahan yang jelas.

"Jadi kalau tidak ada salah, tidak adalah, teruskan saja perlawanan, jangan pula kita sebagai peminat bila tak ada interpretation kita akan salahkan VAR.

"Sedangkan, keputusan tersebut pula bukanlah satu keputusan yang benar-benar mempunyai kesalahan. Sebab tu kita perlu ada pengetahuan," jelasnya.

Bagaimanapun, tidak menjadi penghalang sekiranya VAR digunakan dalam perlawanan Liga M namun memberi pendapat agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi pendedahan kepada penyokong.

"Saya rasa macam FAM mungkin dia boleh anjurkan satu sidang media ataupun adakan satu penjelasan kepada peminat-peminat bola sepak bagaimana VAR akan digunakan dan bagaimana ia dipraktiskan.

"Jadi, penyokong pun tahu bagaimana VAR akan digunakan. Apakah kesalahan yang VAR boleh interpret. Jadi, kena jelaskanlah sebelum perlawanan," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram