SEMANGAT nyata membara dalam kalangan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia selepas mereka melakar kejutan demi kejutan.
Muncul buat pertama kali dalam saingan Piala Asia B-23 dalam sejarah, edisi 2024 di Qatar pastinya menjadi kempen yang akan sentiasa diingati oleh Indonesia kerana mereka berjaya mara sehingga ke separuh akhir.
Persembahan cemerlang pada perlawanan suku akhir menentang Korea Selatan pada Jumaat telah membawa Indonesia ke separuh akhir yang memberikan slot Sukan Olimpik buat mereka.
BACA LAGI: Setakat mampu ke suku akhir selama ini, 2024 peluang skuad Piala Uber lakar sejarah lebih baik
Indonesia mencipta sensasi mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 dalam penyertaan pertama mereka. — AFC
Namun itu bukanlah penamat, ketika Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir mensasarkan untuk Indonesia sekadar mara ke Sukan Olimpik, para pemain Garuda Muda berfikiran sebaliknya.
Mereka tidak lagi mahu ke Sukan Olimpik semata-mata, sebaliknya mahu mendapatkan tempat hingga ke perlawanan akhir dan menjadi juara Piala Asia B-23.
Dalam rakaman yang tular di laman media sosial, Erick dilihat bertanyakan kepada pemainnya adakah mereka letih usai menewaskan Korea Selatan.
"Penat?," soal Erick. "Tidak!," jawab para pemain Indonesia dengan penuh semangat.
BACA LAGI: Tak kisah pemain nak kuningkan rambut, tapi pastikan 'perform' atas padang — Syed Adney
Ketika Erick mengatakan hanya satu perlawanan diperlukan untuk sahkan tempat di Sukan Olimpik, tetapi para pemain terus menjawab mereka perlukan dua lagi aksi kerana ingin muncul sebagai juara.
"Satu kali lagi..," kata Erick sebelum percakapannya dipotong para pemain, "dua kali lagi, dua kali!." Jawapan tersebut nyata membuatkan Erick terkejut dengan semangat para pemainnya.
"Satu perlawanan lagi, kita akan sahkan tempat di Sukan Olimpik. Dua lagi perlawanan akan jadikan kita sebagai juara," ujar Erick lagi.
Indonesia masih perlu mencatatkan kemenangan di separuh akhir bagi memastikan slot mereka ke Sukan Olimpik benar-benar dalam genggaman.
Hal ini kerana, kuota untuk wakil Asia cuma 3.5 slot dengan pasukan menduduki tangga keempat Piala Asia B-23 haruslah menentang wakil Afrika pada aksi play-off antara benua bagi merebut tempat terakhir ke Sukan Olimpik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram