Wira Double Treble, pemenang Puskas akan warnai aksi Pilihan BB7-Piya


  • Podium
  • Khamis, 25 Apr 2024

Dua legenda bola sepak Malaysia akan kembali beraksi di padang. — Agensi

MASA mereka sebagai pemain profesional mungkin sudah berakhir. Malah kini, Baddrol Bakhtiar serta Badhri Radzi sudah membawa haluan sendiri.

Kedua-dua legenda bola sepak Malaysia ini sudah membawa haluan sendiri dalam karier. Baddrol kini menyertai dunia politik sementara Badhri tidak lagi beraksi secara profesional dengan mana-mana pasukan.

Namun begitu, persahabatan antara dua pemain ini masih lagi utuh. Baddrol dan Badhri masih lagi berkawan baik dengan kedua-dua legenda bagi Kedah Darul Aman FC dan Kelantan FC sentiasa berhubung sesama mereka.

Kini mereka ingin mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan kedua-dua figura hebat bola sepak Malaysia ini mengumpulkan rakan-rakan yang lain dalam satu padang.

BACA LAGI: Surat layang dakwa ada kes jual barang, tidak hairan TMJ simpan jersi HM di stor JMF ketika jadi presiden

WhatsApp Image 2024-04-25 at 12.15.03

Aksi persahabatan antara pilihan Baddrol dan pilihan Badhri akan diadakan di Kedah.

BACA LAGI: Kedah aset penting Liga M — MFL

Aksi diantara pasukan Pilihan BB7 (Baddrol) menentang Pilihan Badhri Radzi akan diadakan di Stadium Peremba, Alor Setar pada 27 April ini.

Sepak mula adalah pada puul 9.30 malam dengan kedua-dua pasukan bakal dibarisi oleh bekas rakan sepasukan mereka baik di Kedah atau Kelantan.

Pemain-pemain seperti Khairul Helmi Johari yang pernah beraksi untuk kedua-dua kelab akan membuat kemunculan sambil bintang skuad double treble Kedah iaitu Shafizan Hashim juga akan membuat kemunculan.

Selain itu, pemenang Anugerah Puskas FIFA iaitu Faiz Subri juga akan turut serta selain pasangan ampuh Badhri ketika beraksi di bahagian tengah bersama Kelantan, Shakir Shaari bersama-sama memeriahkan perlawanan tersebut.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan Fadly Baharum, Solihin Kanasian, Al-Hafiz Hamzah serta Evan Wensley turut akan memeriahkan perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram