Boon Heong mahu Malaysia guna 'senjata rahsia' tewaskan Indonesia di Piala Thomas


  • Podium
  • Khamis, 25 Apr 2024

Malaysia dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria. — Facebook/BAM

KERJA berpasukan pasukan Malaysia boleh menjadi senjata rahsia untuk menewaskan skuad Indonesia jika bertemua pada peringkat kalah mati Piala Thomas yang akan berlangsung bermula 27 April hingga 5 Mei di Chengdu, China.

Bekas pemain beregu negara, Tan Boon Heong berkata, sekiranya pertembungan dua seteru tersebut berlaku, kemungkinan untuk merekodkan kemenangan akan lebih memihak kepada Malaysia.

“Saya rasa Malaysia mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang tetapi perkara paling penting ialah mereka mesti mempunyai kerja berpasukan semasa kejohanan.

“Dengan kerja berpasukan, ia akan membantu membina keyakinan pemain,” katanya.

Boon Heong merupakan sebahagian daripada skuad Piala Thomas 2014, yang menewaskan Indonesia pada kejohanan dwitahunan itu.

BACA LAGI: Aksi mungkin jadi singkat, pengurus Perak Bison risau sistem 15 mata rugikan peminat takraw

boon

Boon Heong optimis Malaysia boleh menang ke atas Indonesia sekiranya bertemu pada pusingan kalah mati Piala Thomas.

Malaysia dan Indonesia bertemu pada separuh akhir kejohanan yang diadakan di India, yang menyaksikan skuad tanah air berhasil melakar kemenangan 3-0.

Boon Heong bermain Piala Thomas 2014 bersama bekas pasangan Hoon Thien How sebagai duo badminton lelaki negara dan menimbulkan kekecewaan kepada Mohd Ahsan-Hendra Setiawan.

Melihat kepada barisan beregu semasa untuk kedua-dua negara, Boon Heong berkata, ia boleh memihak mana-mana pasukan memandangkan perlawanan itu agak sekata.

“Ia adalah permainan 50-50 untuk beregu. Semuanya bergantung kepada persembahan mereka pada hari tersebut. Sukar untuk mengatakan jika pemain kami boleh menang menentang mereka,” katanya.

Malaysia akan membariskan pemain No. 5 dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bersama Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (No. 15), manakala Indonesia akan menampilkan Fajar Alfian-Rian Ardianto (No. 7) dan Shohibul Fikri-Bagas Maulana (No. 9).

Sejak 2014, Malaysia tewas dua kali kepada Indonesia pada edisi 2018 dan 2020. Sebaliknya Indonesia memenangi kejuaraan di Aarhus, Denmark, pada 2021.

BACA LAGI: Azizulhasni, Shah Firdaus dan Nurul Izzah sah ke Olimpik Paris 2024

WhatsApp Image 2024-04-25 at 15.11.32

Zii Jia antara pemain perseorangan mewakili Malaysia. — Facebook/ZiiJia

Pemain perseorangan Indonesia yang akan bermain di Chengdu adalah sebahagian daripada pasukan pemenang 2021, dengan Jonatan Christie mendahului sebagai perseorangan pertama, manakala Anthony Ginting dan Chico Aura masing-masing akan menduduki tempat kedua dan ketiga.

Ketiadaan Ng Tze Yong meletakkan Leong Jun Hao di tempat perseorangan kedua dan dia akan menghadapi tugas berat menentang Chico jika Anthony menang ke atas Zii Jia.

Indonesia akan tampil dengan misi membalas dendam selepas pada aksi di Chengdu nanti kerana mereka tidak dapat mempertahankan kejuaraan menentang India pada edisi 2022 di Bangkok, Thailand.

Pertarungan antara Indonesia dan India bakal menjadi hangat kerana kedua-duanya berada dalam Kumpulan C bersama Thailand dan England manakala Malaysia dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram