Tiga bintang muda JDT, Selangor dan TFC malap di Qatar, kini siap sedia kemas beg jadi 'core player' kelab


  • Podium
  • Selasa, 23 Apr 2024

Sebahagian aksi Harimau Muda yang tewas di tangan Vietnam dengan keputusan 0-2 di Qatar. — Facebook/FAM

IMPIAN skuad Harimau Muda mara ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) nampaknya sudah terkubur selepas tewas dengan keputusan 0-2 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar pada Sabtu.

Kekalahan di tangan Vietnam itu menyaksikan Malaysia tewas untuk kali kedua di bumi Qatar selepas sebelum ini tunduk kepada Uzbekistan dengan keputusan sama pada 17 April lalu.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pada Selasa dan ramai penyokong menganggap bahawa Malaysia sekadar melengkapkan jadual perlawanan.

BACA LAGI: Kedah FC tetap dipotong 3 mata kena denda RM50,000, belum lunaskan gaji Lee Tuck dan Jonathan Balotelli

Meskipun tampil kurang cemerlang di bumi Qatar, terdapat beberapa pemain B-23 kebangsaan yang dijangka mampu membawa perubahan besar kepada kelab masing-masing menjelang pembukaan kempen Liga Malaysia (Liga M) Mei nanti.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga bintang Harimau Muda yang dijangka menjadi 'core player' kelab masing-masing.

WhatsApp Image 2024-04-22 at 19.47.54

Beraksi di Qatar, Nooa (tengah) dilihat kurang memberi impak kepada pasukan Harimau Muda. — Facebook/FAM

1. Nooa Laine

Pemain warisan, Nooa Hamzah Laine antara pemain yang dilihat kurang cemerlang beraksi di Qatar.

Meskipun sudah diberi peluang bermain dalam dua perlawanan berdepan Uzbekistan dan Vietnam, Nooa bagaimanapun dilihat sukar mengawal bahagian tengah dengan baik.

Bagaimanapun, mempunyai pengalaman beraksi di pentas Asia itu antara senjata yang boleh diterapkan dalam saingan Liga M nanti.

Memiliki pengalaman yang luas beraksi di Eropah, kehadiran Nooa dalam pasukan Selangor FC seakan-akan memberi tonik baharu kepada kelab tersebut.

Untuk rekod, pemain berketinggian 1.77 meter itu pernah bermain bersama pasukan SJK Seinajoki sebelum menyertai Selangor.

WhatsApp Image 2024-04-22 at 19.47.55 (1)

Meskipun banyak peluang di depan pintu gol, Tierney (jersi kuning) gagal mencetak sebarang jaringan. — Facebook/FAM

2. Fergus Tierney

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT II), Fergus Tierney antara tonggak Harimau Muda yang dilihat kurang menyengat di Qatar.

Meskipun mempunyai peluang di depan pintu gol namun ketajaman pemain berdarah Malaysia-Scotland itu menjadi tanda tanya penyokong tanah air.

Dalam kedua-dua aksi di Qatar, Tierney yang mempunyai banyak peluang untuk mencetak jaringan tampak sukar untuk menyumbat masuk ke pintu gawang.

Tetapi, nama Tierney dijangka melonjak naik dalam saingan Liga M kerana pernah terkenal dengan kemampuan memberikan tekanan kepada lawan dan bijak mencipta peluang.

Sudah pasti pemain berusia 21 tahun itu tidak mahu mensia-siakan pengalaman bermain di pentas Asia lebih-lebih lagi akan beraksi bersama kelab sendiri yang sudah sebati dengan dirinya.

WhatsApp Image 2024-04-22 at 19.47.55

Ubaidullah dilihat sering melakukan kesilapan mudah dengan menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan ketika di Qatar. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Aksi mungkin jadi singkat, pengurus Perak Bison risau sistem 15 mata rugikan peminat takraw

3. Ubaidullah Shamsul

Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Ubaidullah Shamsul merupakan pemain B-23 kebangsaan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam..

Kesilapan dalam membuat 'clearance' memakan diri apabila Ubaidullah mudah menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam.

Meksipun begitu, pertahanan Sang Penyu itu dijangka mampu membantu benteng pertahanan TFC menjelang kempen Liga Super Mei nanti.

Kesilapan mudah yang pernah dilakukan olehnya pasti menjadi satu peringatan kepada dirinya untuk tidak mengulangi kecuaian yang sama.

Dalam pada itu, Ubaidullah berpotensi menjadi tonggak utama Sang Penyu selepas tampil cemerlang membantu TFC II dalam saingan Piala MFL musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram